Bollywood
Preity Zinta Dedah Gagal Rawatan IVF Punca Guna Kaedah Ibu Tumpang
Aktres Preity Zinta dan, Gene Goodenough, diketahui memiliki anak kembar Jai dan Gia yang lahir pada November 2021.
Preity juga tidak pernah berselindung mendapatkan cahaya mata menerusi kaedah ibu tumpang selepas berkahwin pada 2016.
BERITA TRENDING: Bertubi-Tubi Ganggu Peminat Agresif, Preity Zinta Kesal - "Saya Juga Manusia, Tolonglah Fikir ..."
Menerusi temu bual terkini bersama Vogue India, bintang itu mengaku melakukan kaedah ibu tumpang selepas gagal menjalani rawatan pensenyawaan in verto (IVF).Kenyataan itu menjawab persoalan tentang bagaimana dirinya kekal positif dan menjalani kehidupannya dengan baik.
“Sebenarnya saya juga menjalani kehidupan seperti biasa. Ada hari yang baik dan tidak baik.
“Ada masanya saya bertarung dengan diri sendiri terutama sewaktu melalui waktu yang sangat sukar.
“Waktu yang sukar seperti fasa menjalani kaedah IVF. Ia adalah satu fasa yang sangat sukar sehingga membuat saya tidak mampu tersenyum.
“Malah ada pada masa saya mahu menghantukkan kepala ke dinding, menangis dan tidak mahu bercakap dengan sesiapa,” dedahnya seperti dilaporkan TimesofIndia.
Setelah gagal menjalani IVF, Preity dan suami bersetuju memperoleh anak melalui kaedah ibu tumpang. Kini anak kembar mereka sudah berusia lebih dua tahun.
Dan kerana menyifatkan anak-anaknya sudah ‘besar’, dia kembali aktif ke dunia hiburan. Aktres berusia 49 tahun itu kembali menerusi karya Lahore 1947.
“Sebagai pelakon dan wanita kita perlu tahu menyeimbangi hiudp serta karier.
“Karier dan kehidupan peribadi untuk saya sama penting. Tapi setelah anak berusia lebih dua tahun saya fikir, saya telah bersedia untuk kembali berlakon,” katanya.
BERITA TRENDING: Penantian Lima Tahun, Tahniah! Preity Zinta Dapat Anak Kembar
BERITA TRENDING: Lama Tak Muncul Dalam Filem, Preity Zinta Ada Sebab Jadi Petani!
BERITA TRENDING: Suri Rumah Pekerjaan Paling Sukar Bagi Preity Zinta
Must-Watch Video