Penyampai radio Tyzo Xander mendedahkan usahawan Lydia Rosli antara individu yang paling risau apabila dia dirawat di hospital pada Selasa.
Jelas Tyzo, Lydia ada menghubunginya untuk bertanya khabar sejurus mendapat tahu dia menerima rawatan di hospital.
"Tak da sembang apa-apa pun. Dia pun kebetulan baru balik bercuti dengan keluarga dia dan saya pula perlukan rehat selepas jalani rawatan," katanya kepada Gempak.
Difahamkan Tyzo dimasukkan ke hospital untuk menjalani pemeriksaan endoskopi selepas mengalami sakit pada bahagian perut.
Malah, jelas Tyzo, hubungan mereka masih baik selepas timbul kontroversi melibatkan mereka berdua sejak bulan lepas.
Lydia yang merupakan kakak kepada usahawan sensasi Kak KM pernah meluahkan isi hatinya terhadap Tyzo namun cintanya tidak berbalas.
Anggapan Tyzo, hubungan mereka cukup sekadar kawan.