Laman Utama
Pembekal Lace Pula Dakwa Mak Cik Kemboja Tak Bayar Hutang?
Kisah Mak Cik Kemboja yang menggelarkan kaum Melayu pemalas masih menjadi bualan ramai dan terbaharu seorang individu mendakwa wanita terbabit culas membayar hutang kepada pembekal kain renda.
BERITA TRENDING: Mak Cik Kemboja Dipanggil IPK Melaka
Menerusi sepotong video yang dimuat naik di media sosial, pihak berkenaan memohon agar usahawan itu melangsaikan hutangnya yang selama ini tertunggak.
"Hah ni, pekerja pembekal kain lace kat sini. Kepada anak Mak Cik Kemboja tu, kami pun nak cabar anda untuk datang Penang dan tunjukkan diri di kedai kami.
"Tapi bukan datang saja-sajalah, datanglah bawa sejumlah hutang yang hutang tu. Ajak mak awak tu sekali ke kedai kami dan apa katalah kita bincang elok-elok," ujarnya.
BERITA TRENDING: Bekas Pekerja Mak Cik Kemboja Buka Mulut, Pernah Selamatkan Bisnes Hampir Lingkup - "Aku Yang...
Individu berkenaan turut berpesan kepada orang ramai agar bertanggungjawab dalam menyelesaikan hutang.
"Bukan Mak Cik Kemboja ja, termasuklah semua yang berhutang di luar sana jangan lupa bayar hutang," katanya.
Terdahulu, Mariyah menerima kecaman teruk selepas mengeluarkan kenyataan berbaur gurauan dengan mengatakan dirinya yang berketurunan Kemboja lebih rajin bekerja berbanding dengan orang Melayu yang dilabel sebagai pemalas.
Susulan itu, Mariyah yang merupakan pemilik sebuah gedung tekstil yang menjalankan perniagaan jahitan pukal di Skudai, Johor tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.
Kemudian, Mariyah turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor atau TMJ kerana memberi keizinan untuk dirinya menjalankan perniagaan di negeri Johor.
PILIHAN PEMBACA: Anak Mak Cik Kemboja Nafi Cabar Netizen, Video Asal Disunting! - "Dengan Nama Allah, Saya Tak...
PILIHAN PEMBACA: “Orang Kemboja Memang Rajin, Nak Dibanding Orang Melayu… Malas!” - Usahawan Hina Melayu Minta...