Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Pementasan Teater Dang Anum (The Untold Story) Di Melaka & Johor Mungkin Terpaksa Digugurkan

Mya Amri 28/09/2024 | 14:58 MYT
Pementasan Teater Dang Anum (The Untold Story) (DATUS) oleh Persatuan Seni dan Budaya Redholah (The Redholah) yang dijadualkan berlangsung di Johor dan Melaka mungkin terpaksa digugurkan susulan kurang penajaan dari segi kewangan.

Usaha cari penajaan
Pengarah dan penulis skrip, Amirul Haswendy Ashari, 45, berkata pihaknya telah berusaha mencari penajaan, termasuk menghantar surat rayuan kepada urusetia Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK) di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk menyemak semula dana yang telah diluluskan sebelum ini.

“Namun apakan daya, jawapan yang diterima dari GSSK agak mengecewakan. Pun begitu, kami tidak patah semangat dan ‘redho’ dengan keputusan itu.

“Sebab difahamkan ada juga kumpulan lain yang turut berdepan isu sama, dan situasi ini sememangnya asam garam dalam dunia teater tempatan,” katanya.

Tak cukup tampung kos

Amirul turut mendedahkan jualan tiket dari DATUS sahaja tidak mencukupi untuk menampung kos keseluruhan pementasan di negeri-negeri lain.
The Redholah memerlukan sekurang-kurangnya RM250,000 untuk menampung segala kos pementasan di Putrajaya, Melaka, Johor dan rakaman dokumentari khas di Batam dan Riau, Indonesia.

“Memang agak berat untuk melepaskan jerayawara ke Melaka dan Johor sebab sejujurnya memang ada permintaan.

“Mungkin belum ada rezeki buat kami pada tahun ini. Doakan semoga kami dapat tunaikan ‘hutang’ ini pada tahun depan,” kata Amirul optimis.
Setakat ini DATUS menerima sokongan kerjasama dari Kolej Seni Kreatif, UiTM Puncak Perdana, selain tajaan 700 paket gula dari MSM.
Malah beberapa rakan artis seperti Hairul Azreen dan isteri, Hanis Zalikha telah sudi menaja tiket korporat untuk pelajar sekolah.

ARTIKEL BERKAITAN:Dapat Tajaan 700 Paket Gula, Pengarah Teater ‘Dang Anum (The Untold Story) Terharu Hairul Azreen & Hanis Zalikha Turut Beli Banyak Tiket Korporat

ARTIKEL BERKAITAN:Lakon Aksi Silat Dalam Teater ‘Dang Anum (The Untold Story)', Adam Shahz Terima Banyak Tawaran Lain - “Ada Yang Saya Terpaksa Tolak Sebab…”

ARTIKEL BERKAITAN:Lagi Sekali Jadi ‘Dang Anum’, Ain Sufia Sentiasa Amalkan Doa Sebelum Jiwai Watak - “Itu Yang Buatkan Saya Sangat Takut…”

ARTIKEL BERKAITAN:“Sebelum Ini Dia Takut” - Keith Foo Siap Beri Standing Ovation, Bangga Riena Diana Ambil Cabaran Berlakon Teater Andak Bertandak

ARTIKEL BERKAITAN:Tiara Jacquelina Sahkan Tiada Pementasan Puteri Gunung Ledang Dalam Masa Terdekat - "Saya Mahu Fokus Pada ..."

DATUS dipentaskan sejak semalam sehingga Ahad ini, 29 September 2024 bertempat di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin (Cempaka Sari), Putrajaya.
Antara pelakon adalah Adam Shahz, Ain Sufia, Along Eyzendy, AG Hafiz, Karl Dannish, Aman Salleh, Md. Husin dan Affan Mohd.
Tiket pementasan boleh dibeli melalui www.ticket2u.com atau secara ‘walk-in’.
Kredit foto: Shairazi Azlin
#Teater #Melaka #Johor #Dang Anum #Dang Anum The Untold Story
;