Viral

Pempengaruh Islamik Terpalit Isu Seleweng Kutipan Derma Mohon Doa Yang Baik - “Alhamdulillah, Saya Dalam Keadaan Sihat”

Asyikin Mayudin
11/07/2024
02:58 MYT
Sponsor Banner
Pempengaruh Islamik Terpalit Isu Seleweng Kutipan Derma Mohon Doa Yang Baik - “Alhamdulillah, Saya Dalam Keadaan Sihat”
Masih menunggu keputusan permohonan reman bagi bantu siasatan atas dakwaan menyeleweng kutipan derma, pempengaruh islamik memberitahu dia kini dalam keadaan sihat sahaja.
Orang yang disyaki berusia 30 tahun itu turut memohon agar semua orang mendoakan yang baik-baik saja untuknya.

“Alhamdulillah, saya dalam keadaan sihat… mohon doa yang baik-baik,” katanya ketika disapa media yang menunggu di luar mahkamah semasa dibawa anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk ke tandas.

BERITA TRENDING: Seleweng Kutipan Derma, Suami Isteri Pempengaruh Ditahan SPRM

Terdahulu, pasangan suami isteri yang juga pempengaruh masing-masing berusia 30 dan 26 tahun itu dibawa anggota SPRM ke mahkamah pukul kira-kira 9.20 pagi untuk permohonan reman.
Mereka yang terpalit dengan isu dakwaan menyeleweng kutipan derma ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pada Rabu.
Menurut sumber, pasangan suami isteri ditahan SPRM pukul 6.40 petang bagi membantu siasatan selepas sebelum ini membuat kutipan derma melebihi jutaan ringgit namun difahamkan wang itu tidak disalurkan secara betul.
Sebelum ini pempengaruh terbabit menerusi peguamnya menafikan semua dakwaan penyelewengan dan pecah amanah membabitkan dirinya seperti yang tular di media sosial, sejak kebelakangan ini.

BERITA TRENDING: Didakwa Seleweng RM1.7 Juta, Suami BCL, Tiko Dakwa Bekas Isteri Gagal Move On

BERITA TRENDING: SPRM Jalankan Siasatan Terhadap Aman Palestin, Dakwa Seleweng RM70 Juta

BERITA TRENDING: Suami Bunga Citra Lestari Dituduh Seleweng Jutaan Ringgit, Bekas Isteri Lapor Polis

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar