Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Sukan

Penaja Ambil Keputusan Tukar Logo Bola Menjelang Aksi Akhir Piala FA Malaysia

Gempak 22/08/2024 | 11:25 MYT
Penaja dan pengeluar bola rasmi Liga Bola Sepak Malaysia, Active Sports telah mengambil keputusan untuk menukar logo pada bola rasmi perlawanan akhir Piala FA Malaysia 2024.

Isu logo
Menerusi kemaskini oleh syarikat tersebut, tindakan itu susulan timbulnya isu logo pasukan Selangor yang dicetak pada bola tersebut yang memaparkan kalimah yang dilihat mengganggu sensitiviti umat Islam.
Lantas tindakan pantas diambil oleh Active Sports untuk menukar logo bola berkenaan kepada tulisan pasukan JDT & SEL, sekaligus mengelakkan perdebatan dan kontroversi ini berlanjutan di mana ianya akan merencatkan kehangatan perlawanan akhir yang akan berlangsung pada Sabtu ini.

"Kami dari pihak Activesports cakna atas sensitiviti dan memohon maaf akibat kekhilafan. Suara anda penyokong ke-12 sangat penting buat kami yang juga perlukan sokongan anda"

"Jadi inilah bola matchball rasmi yang akan digunakan FA Cup final nanti. Kami di Activesports berbesar hati atas keprihatinan semua dan berterima kasih atas sokongan anda! Dapatkan matchball rasmi FA Cup hanya di Activesports!" tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Semangat Faisal Halim Untuk ‘Comeback’, Dah Mula Buat Persiapan - “Bangkit Kerana Beribu Peminat Menyokong Anda!”

ARTIKEL BERKAITAN:Sujud Syukur, Pakai Topeng Khas… Faisal Halim Kembali Ke Padang Selepas 3 Bulan Berehat

ARTIKEL BERKAITAN:Ronaldo Kumpul 9.71 Juta Pengikut Sehari Buka Saluran YouTube, Beri ‘Hint’ Sudah Kahwin

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Curang, Isteri Pemain Bola Sepak Indonesia Azizah Salsha Tampil Jernihkan Keadaan - "Rumah Tangga Kami Dalam Keadaan Baik..."

ARTIKEL BERKAITAN:Pecahkan Rekod Larian 100 Meter, Anak Rita Rudaini Dipuji Cemerlang - "Hebat! Main Bola Pandai, Belajar Pun Bijak"

Sumber: Stadium Astro
#Sukan #Bola #Penaja #FA Cup #Liga Bola Sepak Malaysia #Piala FA Malaysia #Tukar Logo
;