Laman Utama
Penari, Surfer, Artisan Kek Wajah Baharu Kempen Converse Creat Next Asia Tenggara!
Converse terus menjunjung semangat komuniti kreatif dengan 'Create Next', sebuah kempen serantau yang bermatlamat untuk memperkasakan belia komuniti-komuniti kreatif dan seniman-seniman (sub)budaya untuk lebih berkarya dalam bidan muzik, seni lukis, sukan, dan fesyen.
Berpusat di Asia Tenggara, kempen ini mengetengahkan belia-belia kreatif serantau dalam satu gerakan budaya yang bersepadu.
Kempen ini adalah kesinambungan tradisi Converse yang sudah lebih seabad mendukung budaya ekspresi diri, menghubungkan ahli-ahli muzik, seniman-seniman, atlit-atlit, serta pemimpi-pemimpi dan pemikir-pemikir muda serata dunia dan budaya untuk terus-menerus berkarya.
BERITA TRENDING: 5 Momen Best Di Acara Converse All Stars Workshop & Soul Feast, Oh Qi Razali & Monoloque Pun Ada!
BERITA TRENDING: Converse Dekati Gen Z! Semarakkan Kempen 'Connect With The Unexpected. Create Now. Create Next'...
Kempen Create Next menyaksikan Converse membuat kolaborasi dengan ahli-ahli muzik, penari-penari, pemain-pemain luncur, dan seniman-seniman visual serta sinematografi dari Malaysia, Indonesia, Singapore, Vietnam and Filipina sebagai model-model dan tokoh-tokoh untuk sebuah kempen yang diharap akan merangsang Gen Z dengan bakat, kerja, dan pencapaian mereka.
Kempen ini adalah satu seruan - mencabar generasi(-generasi) seterusnya untuk menggegar status quo dengan merekacipta, membuat penemuan, dan meluahkan diri mereka dengan Converse sebagai asas dan permulaan menyemarakkan pengalaman-pengalaman dan pencapaian-pencapaian unik sambil meneroka gaya sendiri.
Melalui semangat baharu ini, Converse berharap dapat merangsang belia-belia kita untuk menjadi lebih kreatif dan menghasilkan karya-karya yang inovatif, memecah acuan, dan segar.
Platform kreatif serantau untuk Asia Tenggara
Kempen ini terdiri dari pelbagai aktivasi di setiap negara yang terlibat, sebuah filem pendek 60-saat, dan sebuah jeyarawara.
Jeyarawara ini menampilkan persembahan-persembahan muzik yang telah dijadualkan di beberapa lokasi yang popular di kalangan belia-belia dan komuniti-komuniti kreatif sekitar setiap negara yang terlibat.
Converse Indonesia juga akan turut menjayakan konsert muzik Converse yang julung-julung kali di Indonesia pada akhir 2023.
Sebahagian besar kempen ini akan diterbitkan di Singapura, dengan bimbingan seniman sinematografi tempatan Marcus Chow Li Ming yang juga seorang Converse All Star.
Penerbitan akan dijalankan di beberapa lokasi popular untuk Gen Z Asia Tenggara, dan akan menampilkan budaya-budaya dan belia-belia kreatif unik dari setiap negara.
Malaysia akan diwakili oleh seniman-seniman seni lukis muda yang berkarya dalam studio mandiri mereka sendiri. Singapura akan menampilkan sebuah lokasi penuh mural yang popular untuk belia-belia berhimpun; sebuah lokasi yang dimana budaya jalanan Singapura bermula.
Vietnam ditampilkan melalui babak-babak di pasar Ben Thanh yang bertempat di bandaraya Ho Chi Minh, simbol dan jiwa Saigon. Filipina pula mengetengahkan Poblacion Makati, sebuah ruang seni dan muzik yang menjadi latar filem pendek ini.
Antara artis-artis yang berkolaborasi dalam kempen ini termasuk:
• Seniman seni visual dan seni halus, Sofia Harun - Malaysia
• Kugiran, Late Night Frequency - Malaysia
• Peluncur, Camy - Malaysia
• Seniman kek, Charmwasabi- Malaysia
• Ahli muzik, Rizkia Laras (@rizia.laras) - Indonesia
• Rapper, Cito Gakso (@citogakso) - Indonesia
• Peluncur, Calgo (@_calgo) - Indonesia
• Penari, Nandita Nada (@nanditanada) - Indonesia
• Penari, Shamey (@shxmeelix) - Singapore
• Ahli muzik dan penari, Pay (@payxabengg) - Vietnam
• Ahli muzik dan penari, Ken San Jose (@kensanjose) - Filipina
Kempen ini akan dilancarkan Oktober ini di semua saluran Youtube Converse serta platform-platform media sosial negara-negara terlibat.