Laman Utama

"Penat Tapi Seronok" - Netizen Puji Individu Santuni Rider P-Hailing, Sedekah Makanan Percuma

Gempak
06/12/2023
08:55 MYT
Sponsor Banner
"Penat Tapi Seronok" - Netizen Puji Individu Santuni Rider P-Hailing, Sedekah Makanan Percuma
Bersedekah dan saling bantu membantu sememangnya sesuatu perkara yang dituntut dalam ajaran Islam.
Itulah yang dapat dilihat dalam satu video TikTok di mana seorang pengguna berkongsi pengalaman memberi makanan secara percuma kepada pekerja-pekerja p-hailing dan juga pengawal keselamatan.

BERITA TRENDING: Netizen Sebak Tengok Momen Manis Kanak-Kanak Suap Makan Rakan Sindrom Down - "Inilah Kawan...

“Penat tapi seronok. Semoga pahala sedekah sampai kepada ibu,” tulis individu itu di ruangan kapsyen.
@pfiszah Penat tapi seronok ? Semoga pahala sedekah sampai kepada IBU ? #sedekahjumaat #jumaatbarakah #jumaat #foryou #fyp ♬ Thank You Allah - Maher Zain
Melihat kepada perbuatan itu, rata-rata warganet menzahirkan ucapan terima kasih dan mendoakan supaya individu itu dimurahkan rezeki.
Sekadar info, entri tersebut berjaya meraih lebih 8,000 tanda suka dan hampir 200,000 tontonan di TikTok.
Sumber: TikTok
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar