Viral
Penceramah Bebas Biadab, Malukan & Gelar Penjual Minuman Di Majlis Agama Bo*oh
Platform media sosial Indonesia sejak beberapa hari lalu hangat membincangkan sikap penceramah bebas yang kini memegang peranan sebagai Utusan Khusus Presiden, Miftah Maulana Habiburrahman atau Gus Miftah yang disifatkan angkuh dan biadab.
Kritikan yang datang dari pengguna media sosial itu terjadi selepas video Gus Miftah mempermalukan seorang penjual air teh atau minuman di sebuah majlis menjadi tular.
BERITA TRENDING: Kecoh Kedai Jual Rendang B*b*, Penceramah Bebas Tanya; “Sejak Bila Rendang Ada Agama?”
BERITA TRENDING: Satu Representasi PU Azman Ditolak, Sudah Hafal Satu Juzuk Al-Quran Di Penjara
Insiden terjadi sewaktu Gus Miftah hadir ke acara Magelang Bersholawat beberapa hari lalu.Menerusi video yang tersebar, seorang warga emas dilihat sedang berada di antara orang ramai yang hadir ke majlis tersebut menjual minuman yang diletak di atas kepala.
Gus Miftah kemudian didengar bertanya kepada penjual minuman tersebut kasar.
“Masih banyak ke jualan air teh kamu? Ya jual di sana, goblok (bodoh).
“Jual dulu nanti kalau masih belum laku, ya sudah, tak ada, takdir,” katanya seperti dilaporkan CNNIndonesia.
BERITA TRENDING: “Apa Sebab Nak Perlekeh Keturunannya Pula?” - PU Syed Tampil Bersuara, Kurang Setuju Bab Isu Nama Keturunan
Perlakuan dan perkataan yang digunakan Gus Miftah disifatkan kasar serta tidak mencerminkan dirinya sebagai seorang tokoh yang disegani.Malah ramai yang menasihatkan dirinya agar lebih muhasabah selain jangan sombong dan tidak melakukan pembulian kepada orang lain.
“Rasulullah tidak pernah mengajar kita menghina, membuli apa lagi menggelar orang bodoh.
“Cara bercanda anda keterlaluan Gus Miftah. Menghina orang tidak mampu,” tegur seorang pengguna X.
Seorang netizen lain menulis: “Semoga penjual minuman yang dibodohkan penceramah agama itu ditinggikan darjatnya oleh Allah.
“Beban di atas kepalanya mungkin tak bernilai dibanding harga selipar si penceramah. Tapi ingat, dia sedang berjihad menafkahi keluarganya! Sungguh Allah adalah seadil-adilnya penilai.”
BERITA TRENDING: Ustaz Solmed Tayang Dapur Warna Ungu - "Saya Tepuk Dahi"
Must-Watch Video