Berita
Pendaki Alami Sejuk Melampau Di Gunung Kinabalu, Diusung 8.5KM Untuk Rawatan
Seorang pendaki Gunung Kinabalu yang mengalami gejala kesejukan melampau terpaksa diusung sejauh 8.5 kilometer ke Pondok Timpohon, Kundasang bagi mendapatkan rawatan pada Isnin.
Simptom muntah-muntah
Lelaki berusia 34 tahun itu dibawa turun oleh Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR) dari Panalaban selepas turut mengalami simptom muntah-muntah.
BERITA TRENDING: Tanah Runtuh Di Kawasan Gunung Kinabalu, Tiada Mangsa Dicatatkan
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Talib berkata, Pasukan Bomba Bantuan (PBB) MOSAR menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.55 petang.
"Laporan kecemasan itu melibatkan seorang pendaki lelaki mengalami gejala kesejukan melampau dan muntah-muntah.
"Pasukan MOSAR bertindak memberikan rawatan awal dan seterusnya membawa mangsa turun ke Pondok Timpohon menggunakan 'robertson strecher'," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
BERITA TRENDING: Muat Naik Gambar Di Gunung Kinabalu, Instagram Lee Min Ki Dibanjiri Komen Peminat Tempatan
Menurutnya, mangsa kemudian dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut."Operasi ditamatkan pada jam 9.20 malam selepas mangsa diserahkan kepada ambulans untuk dibawa ke hospital," katanya.
Sebelum itu, mangsa difahamkan telah berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu pada hari yang sama sebelum berhasrat untuk turun selepas misinya selesai.