Viral
Pendaki ‘Tersidai’ Di Tebing Gunung, Pihak Pengelola Tersalah Kira Pengunjung
Jika anda fikir ‘kesesakan’ hanya berlaku di Gunung Everest kerana begitu ramai pendaki yang memiliki impian untuk menawannya, mungkin ia bukan satu-satunya gunung yang mengalami masalah tersebut.
Menerusi video yang tular di laman media sosial China, sekumpulan pendaki dilihat terpaksa bertahan dengan memegang pemegang besi di tebing sebuah gunung yang menjadi perhatian pelancong baru-baru ini.
BERITA TRENDING: Gunung Everest Berbau Busuk, Pendaki Wajib Tunjuk Bukti Najis Dalam Beg Khas
Tak bergerak sejam
Para pendaki yang memakai alat keselamatan memanjat telah terperangkap dan tidak boleh bergerak lebih satu jam selepas pihak pengegola Gunung Yandang yang terletak sekitar 410 kilometer di Selatan Shanghai, daerah Zhejiang, China.
Insiden tersebut berlaku selepas pihak pengelola Wenzhou Dingcheng Sports Development Co., Ltd, tersalah kira dan memandang rendah jumlah pelancong yang berminat mendaki di gunung berketinggian 3,773 meter itu.
“Di atas kecuaian kami menjangkakan berapa jumlah pendaki yang datang serta mengalami masalah tempahan yang dibuat melalui sistem ‘bertembung’ dengan pelancong yang datang, mereka telah terperangkap di atas laluan memanjat gunung,” kata kenyataan yang dikeluarkan pihak pengelola seperti dilaporkan CNN.
Menakutkan
Sementara itu foto yang viral turut mendapat beragam komen dalam kalangan pengguna media sosial.
“Ini sangat menakutkan!”,komen seorang netizen.
“Saya tidak akan melakukannya walaupun ditawarkan wang tunai,” ujar seorang yang lain pula.
Ada juga yang bertanya apa akan terjadi jika ada salah seorang pendaki terjatuh dan memerlukan bantuan.
BERITA TRENDING: Hati-Hati Mendaki, Wanita Berusia 52 Tahun Sesat 20 Jam di Botani Hill Akhirnya Ditemui
PILIHAN PEMBACA: Jaga MULUT dan PERANGAI! — Pendaki Ini Kongsi Pengalaman Adab Masuk Hutan. Jangan Lupa DIRI dan Berjaga-jaga…