Laman Utama
Pengarah Lempar Kerusi, Pelakon Wanita Takut Datang Set Penggambaran
Seorang pelakon wanita mengaku pernah dibaling kerusi oleh pengarah saat awal pembabitannya dalam dunia lakonan.
Citra Kirana yang terkenal dengan lakonannya dalam drama bersiri Tukang Bubur Naik Haji menceritakan pengalaman buruk itu terjadi lantaran dirinya yang masih baru dan tidak boleh menangis untuk sebuah adegan sedih.
“Sewaktu awal karier saya masih tidak mengerti banyak tentang dunia lakonan. Saya tidak faham apa itu cut, master syot atau semuanya.
“Malah mahu buat adegan menangis pun tak boleh. Nak keluarkan air mata pun tak boleh.
“Apa yang terjadi, pengarah telah melempar kerusi ke arah saya. Bukan menangis, saya sebaliknya jadi takut dengan kejadian tersebut dan tidak boleh mengeluarkan air mata.
“Saya juga jadi takut untuk datang ke set penggambaran selepas kejadian itu. Saya takut bertemu pengarah.
“Walaupun kerusi tidak kena kepada saya tapi kesannya buat saya tertekan,” dedah Citra Kirana seperti dilaporkan Insertlive.
BERITA TRENDING: Punya Anak Luar Nikah, Rezky Aditya: “Saya Minta Maaf Atas Masa Lalu”
Isteri pelakon Rezky Aditya itu juga mengaku cara melempar kerusi yang dilakukan pengarah tidak sesuai dicontohi oleh sesiapapun.
“Mungkin pengarah perlu pendekatan yang lebih baik daripada melempar kerusi ke arah pelakon,” katanya.