Viral
Pengunjung & Netizen Persoal Kenapa Elsa Makin Kurus, Zoo Melaka Bakal Beri Penjelasan Lanjut
Seekor Harimau Putih Bengal yang ditempatkan di Zoo Melaka didakwa kurus dan kelaparan mendapat perhatian umum apabila video mengenainya tular sejak Sabtu.
BERITA TRENDING: Netizen Kata Haram Simpan Gambar Bukan Mahram, Aziz Harun; "Tak Perlu Libat Isu Agama Pun Tapi...”
Video berdurasi 0.22 saat itu dikongsikan pemilik akaun TikTok yang dikenali sebagai Nurul Z mendakwa haiwan itu kelihatan gelisah dan memerhati di pintu kecil di bahagian kecil.
Pemilik akaun itu turut meminta haiwan itu dipulangkan ke habitat asal.
Sementara itu, menerusi ruangan komen, ramai yang bersimpati dengan haiwan itu selain meminta pihak zoo termasuk Zoo Negara mengambil tindakan sewajarnya.
BERITA TRENDING: Viralkan Muka Pencuri Stok Barang Berniaga, Aeril Zafrel Dituduh Sebarkan Aib - “Ya Dia Buat Salah, Tapi…”
Salah seorang daripadanya memaklumkan membelanjakan kira-kira RM400 untuk membawa keluarganya ke zoo berkenaan.
"Makin teruk dah dia, saya habis RM400 lebih bawa 'family' masuk tapi malangnya sangat menyedihkan hati anak-anak bila tengok keadaan binatang-binatang kat situ kesepian," tulisnya.
Seorang lagi senada dengan pendapat berkenaan yang turut membuat tanda @znmzoonegara.
"@znmzoonegara tolong selamatkan harimau-harimau di sini," tulisnya.
Dalam pada itu, seorang pengguna lain melahirkan keyakinan pihak Zoo Negara akan mengambil semula haiwan itu selepas ramai yang menyuarakan perkara sama.
BERITA TRENDING: Leona Dedah Kawan Baik Sendiri Bercinta Dengan Ex-Boyfriend, Manakala Netizen Pula Petik Nama Cupcake Aisyah?
"Speak out kan mcm kita semua suarakan pasal Panda di dunia ni, Insya-ALLAH esok lusa akan ada pihak Zoo Negara KL datang ambil harimau ni," tulisnya.
Difahamkan haiwan karnivor bernama Elsa itu dipindahkan ke Zoo Melaka menerusi kerjasama strategik dengan Sunway Lagoon Wildfire Park beberapa tahun lalu.
Difahamkan, Sinar Harian telah mendapatkan maklum balas daripada pihak Zoo Melaka yang akan memberikan penjelasan lanjut berhubung tahap kesihatan harimau berkenaan.
Sumber: Sinar Harian