Berita
Penyanyi Reedzwann Terlibat Kemalangan, Rakan Maut
Penyanyi Reedzwann, 23, terselamat selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 363.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Trolak, Perak pada Sabtu.
Dalam kejadian itu, rakannya yang juga penumpang hadapan MPV jenis Nissan Serena, Nuraisyatul Humairah Mohd Radzi, 20, maut di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, Reedzwann atau nama sebenarnya Muhammad Khairol Ridhuan Khairol Husni bersama mangsa dalam perjalanan dari Jelutong, Pulau Pinang menuju ke Puchong, Selangor.
"Siasatan awal mendapati MPV terbabit cuba mengelak lori jenis Hino Rigid yang berada dihadapannya lalu melanggar bahagian belakang kanan kenderaan terbabit.
"Akibat perlanggaran tersebut, kedua-dua kenderaan telah terpusing dan terbabas. Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.
Menurut beliau, dua kelindan lori berusia 20 dan 27 tahun mengalami kecederaan telah dihantar ke Hospital Slim River untuk menerima rawatan lanjut.
"Mayat mangsa dihantar ke hospital sama untuk dibedah siasat manakala pemandu MPV dan pemandu lori berusia 43 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan manakala
"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
BERITA TRENDING: Tekup Bayi Dengan Bantal Sehingga Maut, Pengasuh Direman Tujuh Hari
BERITA TRENDING: “Anak Saya Dibedung, Ditutup Dengan Kain…” - Bayi Lapan Bulan Mati Disumbat Botol Susu, Ditekup Bantal Oleh Pengasuh
BERITA TRENDING: Tanah Jerlus Masjid India: Keluarga Vijaya Lakshmi Terima Sumbangan Ihsan RM30,000
BERITA TRENDING: Netizen Bengang Pemandu Bas Anggap Murid Sekolah Sebagai ‘Crush’, Menteri Minta Ambil Tindakan
Sumber: Astro Awani menerusi Sinar Harian