,
Berita

Tanah Jerlus Masjid India: Keluarga Vijaya Lakshmi Terima Sumbangan Ihsan RM30,000

Awani
06/09/2024
09:25 MYT
Keluarga G Vijaya Lakshmi, rakyat India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Masjid India, Kuala Lumpur dua minggu lalu menerima sumbangan ihsan RM30,000 daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum berlepas ke tanah air mereka pada 1 September lalu.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif ketika dihubungi Astro AWANI memberitahu, wang tersebut diserahkan secara tunai kepada keluarga mangsa sehari selepas kerajaan mengambil keputusan untuk menamatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
"Ingin saya jelaskan di sini, ini bukan pampasan, ini adalah sumbangan ihsan daripada DBKL kepada keluarga mangsa," katanya di sini pada Jumaat.
Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa ketika dihubungi memberitahu, mangsa diberi sumbangan daripada DBKL dan pihak korporat.
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, cadangan pemberian pampasan kepada keluarga mangsa akan dibincangkan mesyuarat Jemaah Menteri.
ARTIKEL BERKAITAN: Tanah Jerlus:'150 Anggota SAR Setiap Hari, Kita Sudah Buat Yang Terbaik' - Bomba

ARTIKEL BERKAITAN: Sembilan Hari Operasi Mencari & Menyelamat, Ini Kronologi Insiden Tanah Jerlus Masjid India

ARTIKEL BERKAITAN: Tanah Jerlus Masjid India: Keluarga Lakukan Ritual Agama Sebelum Pulang Ke India

ARTIKEL BERKAITAN: Tanah Jerlus Masjid India: Bomba Henti SAR Selam Skuba

Menurutnya, kerajaan sedia mempertimbangkan pampasan kepada keluarga mangsa yang hilang dalam kejadian tanah jerlus itu. Pada 23 Ogos lalu wanita berusia 48 tahun berasal dari Kuppam, Andhra Pradesh, India itu hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di Jalan Masjid India.
Sembilan hari kemudian, selepas mendapat pandangan daripada sudut pakar, kerajaan memutuskan untuk menamatkan operasi SAR selama sembilan hari yang bermula pada Ogos 23.
Keputusan untuk menghentikan operasi SAR dibuat atas beberapa faktor termasuk isu keselamatan membabitkan anggota SAR, selain faktor keselamatan semasa di lokasi susulan beberapa kejadian tanah jerlus susulan yang berlaku akhir-akhir ini.
Sumber: Astro AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Nombor Plat Khas Untuk Kenderaan Elektrik ‘EV 8055’ Dibida Menjangkau RM16,000

gempak
28/09/2024
06:25 MYT
Bidaan berlangsung menerusi sistem dalam talian JPJeBID dari 9-13 September di mana bakal pembeli EV boleh membida nombor yang mereka inginkan.
Berita

Kejadian Tanah Jerlus Jalan Masjid India Bersifat Setempat, Selamat Dikunjungi

gempak
11/09/2024
02:25 MYT
Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Insiden Tanah Jerlus Masjid India pada Rabu, mendapati bangunan dan kawasan di Jalan Masjid India adalah selamat untuk dikunjungi.
Berita

Sembilan Hari Operasi Mencari & Menyelamat, Ini Kronologi Insiden Tanah Jerlus Masjid India

gempak
01/09/2024
10:28 MYT
Selepas sembilan hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa insiden tanah jerlus dikenali sebagai Vijaya Laksmi Goli, 48, di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur dijalankan, ia dihentikan serta-merta pada Sabtu.
Berita

Tanah Jerlus Masjid India: Keluarga Lakukan Ritual Agama Sebelum Pulang Ke India

gempak
01/09/2024
09:56 MYT
Berdepan tragedi ahli keluarga 'ditelan' tanah dan 'hilang' sekelip mata bukanlah satu realiti yang mudah diterima, apatah lagi tidak berkesempatan untuk menatap wajah insan tersayang itu buat kali terakhir.
Berita

Tanah Jerlus Masjid India: Keselamatan Faktor Utama, Operasi SAR Dihentikan Hari Ini

gempak
31/08/2024
08:41 MYT
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang selepas terjatuh dalam lubang tanah jerlus di Jalan Masjid India, Jumaat minggu lalu, dihentikan hari ini.
BorakSeeni