Hiburan
“Perit Kehilangan Itu Sangat-Sangat Dahsyat…” - Kehidupan Jadi Sunyi, Sharnaaz Ahmad Rindu ‘Leteran’ Arwah Bapa
Pemergian bapa tersayang pada Rabu lalu sangat memberi kesan yang mendalam kepada pelakon Sharnaaz Ahmad.
Titip pesanan
Berterima kasih atas ucapan dan doa daripada semua orang, Sharnaaz menerusi perkongsian di Instastory turut menitipkan pesanan agar membuat baik kepada ibu bapa yang masih ada.
“Terima kasih atas ucapan dan doa dari sahabat, rakan seperjuangan, saudara mara. Harap maaf sayqq tak boleh nak reply semua.
“Semoga yang mendoakan dilimpahkan dengan rahmat Allah SWT dan dikurniakan dengan kesihatan yg baik. Jika anda masih ada ibu dan bapa, Jaga dan sentiasalah buat yang terbaik sementara mereka mash ada.
ARTIKEL BERKAITAN: Sharnaaz Ahmad Tak Setuju Suami Buka Aib Pasangan Depan Anak - “Never! Itu Perbuatan Budak Sekolah”
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Ungkit Isu Nafkah RM500, Ini Respons ‘Padu’ Sharnaaz Ahmad - “Jaga Anak Tu Elok-Elok, Jangan Ikut Perangai…”
ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Sharnaaz Ahmad Meninggal Dunia - “Ayah Saya Tak Pernah Berputus Asa Untuk Melawan…
“Perit kehilangan itu sangat-sangat dahsyat… terima kasih Allah atas dugaan yang hebat tandanya Dia sayang kita,” kongsinya.
Kehidupan jadi sunyi
Pada perkongsian yang lain, Sharnaaz turut mengakui kehidupan menjadi sunyi dan tiada lagi kedengaran ‘leteran’ daripada seorang bapa.
“Semasa ada, soalan berulang, berleter semua tu buat kita sakit kepala… tetapi kawan, bayangkan bila tu semua tak ada. Dapat dengar sekali lagi pun jadi la… sekali ja.
“Tapi dah tak ada dah semua tu. Sunyi yang maha sunyi. Hargailah ya kawan-kawan,” kata Sharnaaz lagi.
Pada Rabu lalu, bapa kepada Sharnaaz Ahmad iaitu Datuk Bazir Ahmad telah menghembuskan nafas terakhir di PPUM.
#Sharnaaz Ahmad
#Sharnaaz
#Ibu Bapa
#Bapa Sharnaaz
#Datuk Bazir Ahmad
#Perit kehilangan
#Titip nasihat