Hollywood
Pernah Disekat, Sharon Stone Kata Aplikasi Cari Jodoh Tidak Beri Kepuasan
Aktres terkenal Hollywood, Sharon Stone pernah mengaku menggunakan aplikasi cari jodoh beberapa tahun lalu.
BERITA TRENDING: Sharon Stone Dakwa Dipaksa Bogel Di Basic Instinct, Pengarah: "Sangat Mustahil"
BERITA TRENDING: “Kalau Memang Betul Ada Jodoh, Ada Orang Datang Melamar…” - Erysha Emyra
Stone, 66, bagaimanapun kini tidak lagi menggunakan aplikasi tersebut untuk mencari jodoh atas beberapa faktor.BERITA TRENDING: Sharon Stone Mengaku Tidak Dimaklumkan Kemaluannya Dirakamkan Dalam Filem Basic Instinct
Antaranya, bintang Basic Instinct itu mendakwa aplikasi jodoh tidak memberikan kepuasan terutama daripada segi keserasian atau chemistry.
“Aplikasi cari jodoh tidak beri kepuasan dalam menjalinkan hubungan atau dating iaitu keserasian.
“Bila kita berkenalan, kita mahu merasakan semuanya tapi anda tidak boleh boleh merasa atau menikmati bau menerusi aplikasi!”katanya sambil berseloroh seperti dilaporkan BBC.
Sebelum ini Stone mengaku telah disekat oleh aplikasi cari jodoh Bumble kerana disangka menggunakan identiti palsu.
“Saya boleh merahsiakan identiti sebagai Sharon Stone tapi saya tidak melakukannya. Saya terbuka untuk beritahu diri sedang cari jodoh tapi telah disekat,” katanya sekitar tahun 2019 lalu.
Pemenang Emmy Award itu pernah berkahwin dan bercerai sebanyak dua kali. Stone pertama kali berkahwin dengan penerbit televisyen, Michael Greenburg dari 1984 hingga 1990, dan editor di sebuah akhbar, Phil Bronstein dari 1998 sehingga 2004.