Laman Utama

Pernah Viral Pakai Crop Top, Penyanyi Rap Ini Akui Suka Tengok Ibu Bersiap - "Lagi Pelik, Lagi Saya Suka"

Amri Hassan
09/05/2023
14:38 MYT
Sponsor Banner
Pernah Viral Pakai Crop Top, Penyanyi Rap Ini Akui Suka Tengok Ibu Bersiap - "Lagi Pelik, Lagi Saya Suka"
Baru-baru ini tular sebuah video di media sosial menampakkan seorang penyanyi rap baharu, DC Willie membuat persembahan dengan memakai 'crop top', jenis pakaian yang kebiasaannya digayakan wanita.
Lantas, pemilihannya menjadi bualan netizen kerana menyimpulkan ia tidak sesuai dipakai oleh lelaki, apatah lagi seorang penyanyi rap yang lebih sinonim dengan imej beggie (longgar).
Mengulas tentang cara pemakaiannya, Willie atau nama penuhnya Wan Qhail Harrith Ahmad Nawawi, 25, akui, dia memang sukakan fesyen yang nampak feminin.
"Saya biasanya ikut mood atau majlis. Kadang-kadang saya gemar pakai baju yang santai untuk pakaian harian.
"Kalau untuk ke majlis atau persembahan pentas, saya akan pilih gaya yang nampak elegan dan mewah.
"Tapi tak bermaksud mahal. Saya akan pilih dan padan daripada koleksi pakaian yang sedia ada mengikut kreativiti dan cita rasa," jelasnya.
Ibu pengaruh fesyen Tambah Willie, sewaktu umurnya masih belasan tahun, dia sering memerhatikan ibunya bersiap jika mahu ke mana-mana.
Bahkan, ibunya banyak mempengaruhi dirinya dalam bergaya dan berfesyen seperti mana yang ditonjolkan pada hari ini.
"Saya suka pakai sesuatu yang jarang dipakai oleh lelaki. Kalau pakaian itu nampak pelik, lagilah saya suka.
"Sekarang ini, saya ada koleksi pakaian dan aksesori yang ditempah atau dibuat sendiri seperti skirt, jeans, rompi (vest), jaket, topeng, headgear dan macam-macam lagi," kongsinya.
Jadi artis umur 12 tahun Di samping itu, menyentuh soal kerjayanya dalam industri muzik tanah air, Willie sebenarnya mula menceburi bidang hiburan ketika berumur 12 tahun.
"Dulu masa kecil saya pernah berlakon dalam Jiwa Kacau, telefilem yang diterbitkan oleh syarikat produksi milik Mawi.
"Apabila semakin meningkat remaja, barulah minat terhadap muzik ini berputik dan saya perlahan-lahan belajar gubah lagu serta lirik.
"Kini, dah tujuh tahun saya berkecimpung sebagai pejuang muzik hip hop dan sudah banyak membuat persembahan di merata-rata tempat secara indie.
"Rasanya sudah tiba masa untuk saya meneroka dan beralih pula ke muzik arus perdana agar karier nyanyian lebih berkembang," katanya.
Justeru menurut Willie lagi, sebelum ini dia pernah bekerja di sektor peruncitan, namun nekad untuk berhenti kerana mahu fokus melebarkan langkahnya sebagai penyanyi.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar