Pelakon Farid Kamil menceritakan pengalamannya pertama kali bekerjasama bersama isteri, Diana Danielle dalam satu filem berjudul Baran.
Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 43, mengakui kerjasama itu agak sukar dilakukan kerana perlu sentiasa menjaga hati masing-masing menerusi watak yang dijayakan.
"Itu kira pengalaman baru buat saya berlakon dengan isteri, pada mulanya memang saya teruja sebab saya fikir senang sebab call time lebih kurang dan lokasi semua sama.
"Sebab tu saya ingatkan macam mudah kerja saya, tapi bila mula rehearsal dan dia (Diana) mula in character dan saya pun sama, ia jadi susah dari segi menjaga perasaan dia ketika itu sebab tak mahu terbawa-bawa dalam kehidupan peribadi," katanya ketika ditemui Gempak.
Suka Bekerja Bersama
Walaupun begitu, Farid tidak menafikan ccabaran tersebut membuatkan dirinya suka untuk terus bekerja dengan Diana.
"Ia merupakan pengalaman yang baik dan akhirnya saya jatuh suka untuk bekerjasama dengan dia lagi. Mula-mula kita hanya expect perkara-perkara seronok tapi bila masing-masing dah dalam karakter baru lah saya dapat tau cabarannya," kongsinya.
Dalam perkembangan lain, Farid Kamil bakal membintangi filem aksi sukan berjudul Gold arahan Adrian Teh.
Filem Gold merupakan terbitan Astro Shaw dan Act 2 Pictures dengan kerjasama Clover Films & One Cool Entertainment .
Saksikan Gold di pawagam 11 Julai ini di seluruh Malaysia.