Pertaruh Album Baharu, FUGŌ Angkat Karya Ciptaan Sendiri Dalam 99
Empat tahun mengemudi karier dalam muzik industri, kumpulan alternatif indie, FUGŌ hadir dengan album baharu berjudul 99.
Karya ciptaan sendiri
“Alhamdulillah, kami bersyukur kerana album 99 akhirnya menemui peminat setelah berhempas pulas memerah idea untuk menghasilkan yang terbaik kepada pendengar. Album ini bukan sahaja sebagai satu penanda aras kepada FUGŌ, ia juga sebagai membuktikan kami serius dalam penciptaan lagu.
ARTIKEL BERKAITAN: #Throwback2000: 7 Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang Sahmura, Album Tempatan Pertama Dilancarkan Pada Alaf Baharu
ARTIKEL BERKAITAN: Celine Dion Buat Kejutan, Nampak Sihat Dalam Kemunculan Pertama Di Grammy 2024
ARTIKEL BERKAITAN: Taylor Swift Pecah Rekod Sebagai Artis Dengan Kemenangan Paling Banyak Bagi Kategori Album Of The Year Menerusi Grammy Awards!
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tak Peduli Pun Apa Orang Nak Cakap” - Sam Masih Bersama Bunkface, Bakal Keluar Album Baharu
ARTIKEL BERKAITAN: Hael Husaini Umum Peluncuran Album Sulung, ANTONIM (PART I) - “Album Ini Sangat Penting Buat Karier Saya”
Melanjutkan bicara mengenai proses pembuatan album, mereka telah melalui beberapa peringkat tapisan termasuk melukis lanskap sonik yang berwarna-warni. Proses tersebut penting untuk mencipta melodi yang ceria dan bersemangat hingga ke balada yang penuh perasaan yang menyentuh jiwa.
Jelajah ini akan bermula pada 17 Ogos di Kedah, 18 Ogos (Perak), 24 Ogos (Johor), 1 September (Pahang) sebelum menutup jelajah di pertunjukan kemuncak mereka di Kuala Lumpur pada 7 September nanti.
Peminat akan berpeluang mendengar album 99 secara persembahan langsung dan boleh juga mendapatkan pelbagai cenderahati eksklusif FUGŌ di kesemua lokasi jelajah.