Hiburan
Pertunjukan Fesyen Eksklusif Lebaran ERA x LEEYANARAHMAN Meriah! Barisan Penyampai Radio Era Hadir Catwalk Sekali
Buat pertama kalinya, ERA, stesen radio No. 1 Malaysia, berkolaborasi dengan jenama fesyen terkenal, Leeyana Rahman bagi mempersembahkan pertunjukan fesyen eksklusif Lebaran ERA x LEEYANARAHMAN yang diadakan di Stadium Merdeka.
Pengurus Jenama ERA, Azah Sahrin, meluahkan rasa keterujaan atas kolaborasi ini.
“Kami amat berbesar hati kerana Leeyana Rahman memilih ERA untuk melancarkan koleksi pakaian terbaharunya. Kerjasama ini luar biasa kerana Leeyana Rahman memiliki peminat setia yang sentiasa menyokong produk bumiputera.
Kami juga berbangga dapat mengetengahkan barisan penyampai ERA seperti Azad Jasmin, Fazziq, Syazwan, dan Safee Sali untuk memperagakan koleksi ini di runway. Ini merupakan simbol sokongan penuh kami terhadap industri fesyen tempatan.
“Umum mengetahui, koleksi Leeyana Rahman sentiasa menepati cita rasa pelbagai lapisan masyarakat. ERA amat teruja untuk memperluaskan kerjasama ini di masa hadapan demi memperkasakan hubungan dagang antara kedua-dua pihak,” katanya menerusi satu kenyataan.
Pertunjukan ini mempamerkan koleksi pakaian lelaki, wanita, dan tudung eksklusif sempena Aidilfitri 2025. Dengan pilihan warna lembut dan pastel, koleksi ini menyerlahkan gaya elegan yang sesuai untuk semua golongan.
Acara ini turut mendapat sokongan daripada Kedai Emas Sri Tanah Merah dan diserikan dengan persembahan hebat daripada artis terkenal seperti DOLLA, Ismail Izzani, dan DJ Mia.
Lebih menarik lagi, acara ini menjadi pentas pertama untuk Syazwan Razak adik kepada pelakon Syafiq Kyle memulakan karier baharunya sebagai penyampai hujung minggu ERA.
BERITA TRENDING: Mesra Berpelukan Dengan Peminat, Netizen Dedah Sifat
BERITA TRENDING: Dakwa Harith Iskander Buat Lawak Persenda
Must-Watch Video