Laman Utama

Perut Semakin Gendut, Shaheizy Sam Mula Ke Gimnasium… Peminat Tak Sabar Nak Tengok Transformasi!

Izwan Isa
04/10/2021
08:55 MYT
Sponsor Banner
Perut Semakin Gendut, Shaheizy Sam Mula Ke Gimnasium… Peminat Tak Sabar Nak Tengok Transformasi!
Pelakon berbakat besar, Shaheizy Sam cukup dikenali sebagai aktor yang sangat mementingkan penampilannya ketika beraksi di layar lebar.
Seperti penglibatannya dalam beberapa naskhah filem sebelum ini, lelaki berusia 39 tahun itu sentiasa komited ‘membentuk’ dirinya mengikut perwatakan yang telah ditetapkan menerusi skrip.
Lihat sahaja transformasi tubuhnya yang kekar sewaktu pemilik nama lengkap Shaheizy Sam Abdul Samad itu melunaskan tanggungjawab membawakan watak Inspektor Khai menerusi filem aksi Polis Evo dan Polis Evo 2.
Ramai yang terpesona melihat dedikasi Sam menjaga pemakanan selain bersenam di gimnasium untuk mendapatkan tubuh yang kekar, sesuai dengan watak yang dimainkan.
Seterusnya, peminat turut dikejutkan dengan transformasi berani Sam apabila dia menjayakan watak pesakit kanser bernama Naufal menerusi filem Pinjamkan Hatiku. Sam yang kelihatan sihat dan kekar menerusi Polis Evo berubah menjadi kurus demi memenuhi keperluan watak.
BACA: “Patutlah Dia Menang Semua Anugerah…” - Syatilla Melvin Bongkar Kegigihan Shaheizy Sam Untuk Dapat Kulit Tanned
Tidak hairanlah usaha Sam menurunkan berat badan demi menjayakan watak tersebut mendapat pengiktirafan apabila namanya diumumkan sebagai penerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) bagi filem Pinjamkan Hatiku menerusi Anugerah Skrin 2018.
Namun, sejak kebelakangan ini, Sam dilihat ‘berehat’ daripada rutin menjaga badan dan ia dapat dilihat menerusi penampilan terbaharunya.
Namun, menerusi perkongsian terkini di Instagram, suami kepada Syatila Melvin itu mendedahkan bakal kembali bersenam di gimnasium.
“Ini kalilah! Bini bakal mengembang, laki kenalah mengecut,” tulisnya di ruangan kapsyen sambil merujuk keadaan Syatilla yang kini sedang hamil cahaya mata mereka yang ketiga.
BACA: Kantoi Masak Mi Segera, Shaheizy Sam Diperlekeh Isteri Gara-Gara #20DaysChallenge
Rata-rata pengikut Sam turut memberikan kata-kata semangat dan tidak sabar untuk melihat transformasi pelakon itu.
“Kejap je dia ni kurus, percayalah,” tulis seorang pengikutnya.
“Kau tengok, kejap je dia sado balik,” ulas seorang lagi pengguna Instagram.
Selain itu, menerusi ruangan Instagram Story, Sam mengulang kongsi beberapa video yang menampilkan dia sedang bersenam ketika menjalani penggambaran bagi filem Polis Evo beberapa tahun lalu.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar