Berita
Pesawat Dari Dubai Mendarat Di Lapangan Terbang Beirut Selepas Letupan Kedengaran
Sebuah pesawat dari Dubai mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut pada awal pagi Isnin, sekitar 30 hingga 40 minit selepas satu bunyi letupan besar kedengaran sekitar lapangan terbang.
Dalam pada itu, kepulan asap masih kelihatan ketika pesawat penerbangan ME429 dari Dubai itu mendarat.
BERITA BERKAITAN: Tapis Pamer Kebahagiaan Di Sosial Media, Musim Artis Bercerai Buat Hati Syamel Gusar - "Kita Dah Didedahkan Dengan..."
BERITA BERKAITAN: Dubai Lancar Teksi Udara Menjelang 2026
BERITA BERKAITAN: Pesawat Malaysia Airlines Hadapi Masalah Tekanan Dalam Kabin, Patah Balik Ke KLIABERITA BERKAITAN: “Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah” - Jeritan Terakhir Pembantu Juruterbang Nahas Elmina
Namun begitu, tiada maklumat lanjut mengenai punca letupan itu, atau butiran mengenai sebarang kematian atau kecederaan dilaporkan sehingga kini.
Terdahulu, ratusan penduduk Beirut melarikan diri dari kediaman mereka pada malam Ahad selepas Israel memaklumkan bersiap sedia menyerang lokasi berkaitaan operasi kewangan kumpulan Hizbullah di Lubnan.
Tentera Israel turut mengarahkan orang ramai meninggalkan kawasan tersebut dengan segera.
Sementara itu, orang ramai kelihatan cemas memenuh jalan raya sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di beberapa bahagian Beirut ketika mereka berusaha menuju ke kawasan lebih selamat.