Berita

Pesawat Dash 8 Milik Air Canada Tergelincir Landasan

Gempak
29/12/2024
09:25 MYT
Sponsor Banner
Pesawat Dash 8 Milik Air Canada Tergelincir Landasan
Sebuah pesawat, De Havilland Canada Dash 8-400, milik PAL Airlines yang melakukan pendaratan cemas tergelincir landasan di lapangan terbang Halifax, Canada berikutan kegagalan komponen pendaratan berfungsi.

Pesawat berusia 24 tahun yang dikendalikan Air Canada itu dalam penerbangan dari St. John ke Halifax tergelincir landasan menyebabkan percikan api daripada sayap akibat terseret di landasan pada jam 9.30 malam (Sabtu).

Insiden sama berlaku beberapa jam selepas sebuah pesawat Jeju Air dengan 181 penumpang yang mengalami masalah teknikal melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Maun, Korea Selatan dan merempuh pagar menyebabkan berpuluh-puluh orang maut.

Jurucakap Air Canada, Peter Fitzpatrick berkata, pesawat tersebut disyaki mengalami ‘isu komponen pendaratan (tayar)’ yang mana ia tidak dapat sampai ke terminal dan 73 penumpang serta anak kapal berjaya dikeluarkan dari pesawat dan dipindahkan ke bas.

Fitzpatrick berkata, tiada kecederaan berlaku namun seorang jurucakap Royal Canadian Mounted Police (RCMP) memberitahu, terdapat kecederaan ringan.

Sementara itu, Jurucakap Lapangan Terbang Antarabangsa Stanfield, Tiffany Chase berkata, operasi penerbangan digantung selepas insiden berlaku dan pihaknya menunggu kelulusan untuk menyambung operasi.

Sementara itu, rakaman video memaparkan sayap pesawat terkena permukaan landasan, menyebabkan percikan api semasa pendaratan.

Sumber: Malaysia Gazette

BERITA TRENDING: Terpaksa Makan Ikan Sebab Berpantang, Syasya Rizal Rindu Nak Minum Teh Ais

BERITA TRENDING: Gegar Vaganza 11: Separuh Perjalanan! Siapa Kekal & Siapa Pula Akan Pulang, Semak Lagu Minggu Keenam Dengan Tema Horror.

BERITA TRENDING: Marsha Milan Tekad Utamakan ‘Self-Love’ Pada Tahun Baru

BERITA TRENDING: Bawa ‘Anak’ Naik Pentas, Aina Abdul Luah Rasa Syukur Dapat Atasi Rasa Takut Terhadap Kucing - “Dulu Saya Tak Boleh Relate”

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024