Hiburan

Terpaksa Makan Ikan Sebab Berpantang, Syasya Rizal Rindu Nak Minum Teh Ais

gempak
Ainun
29/12/2024
08:25 MYT
Sponsor Banner
Terpaksa Makan Ikan Sebab Berpantang, Syasya Rizal Rindu Nak Minum Teh Ais
Bekas ahli kumpulan DOLLA, Syasya Rizal berkongsi menu makanan berpantangnya menerusi satu hantaran di Instagram Story.
Menerusi perkongsian tersebut, Syasya menunjukkan menu berpantangnya yang perlu diambil untuk mengekalkan kesihatan.
Walaupun penyanyi itu tidak begitu menggemari ikan, dia harus mengambilnya kerana ia merupakan sumber protein yang penting untuk tubuhnya selepas bersalin.

“Harini menu berpantang kita macam biasalah kena ada buah, ada sayur walaupun saya penakut sayur tapi harus mencubanya dan yang paling ditakuti ramai dan juga diri saya iaitu ikan”, katanya.

Tambahnya, dia perlu mengatasi rasa tidak suka terhadap makanan tersebut demi menjaga kesihatan sepanjang tempoh berpantang.
“Nak sihat kenalah makan semua ni ketika tengah berpantang. Saya dah rindu Teh Ais”, jelasnya.
Sekadar info, Syasya dan Nasrullah mendirikan rumah tangga pada 20 April lalu.
September lalu, Syasya berkongsi khabar gembira mengesahkan sedang hamil cahaya mata pertama dan telah selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Yassir Hayyan pada 23 Disember lepas.

BERITA TRENDING: Gegar Vaganza 11: Bukan Mudah, The Lima Kongsi Rasa Gementar Hadapi Genre Dangdut

BERITA TRENDING: Masalah Teknikal Mungkin Punca Nahas Pesawat Di Muan - Pihak berkuasa

BERITA TRENDING: #GempakWrapped2024: Tiada Lagi Cinta, Akhirnya 16 Selebriti Ini Memilih Untuk Berpisah & Oktober Jadi Saksi Pasangan ‘Know Know’ Cerai

BERITA TRENDING: Marsha Milan Tekad Utamakan ‘Self-Love’ Pada Tahun Baru

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024