Laman Utama

Pilih Fasha Sandha Jadi 'Rosalinda', 220,000 Helai Tudung Leeyanarahman Sold Out! - "Tak Nyesal, Imbau Fenomena 20 Tahun Lalu"

Amri Hassan
01/06/2023
02:00 MYT
Sponsor Banner
Pilih Fasha Sandha Jadi 'Rosalinda', 220,000 Helai Tudung Leeyanarahman Sold Out! - "Tak Nyesal, Imbau Fenomena 20 Tahun Lalu"
Percaturan jenama tudung popular, Leeyanarahman menggunakan wajah bintang jelita Fasha Sandha menerusi kempen terbaharu mereka dipanggil Rosalinda menjadi.
Ini terbukti apabila lebih 220,000 helai cetakan tudung edisi terhad mengambil nama kempen cetusan inspirasi drama telenovela Rosalinda sekitar tahun 1999 lakonan artis Mexico, Thalia itu habis licin terjual sejak dilancarkan 17 Mei lalu.
Untuk rekod, tudung Leeyanarahman sejak dilancarkan belum sampai setahun lalu telah pun terjual sebanyak 1,320,000 helai.

Kempen tudung guna artis berjaya!

Bagi kempen selama dua bulan menggunakan Fasha itu, ia menjadi usaha kali kelima pihak jenama tudung berkenaan menggunakan artis dan pempengaruh.
Terdahulu, jenama berdaftar di bawah syarikat Leeyanarahman Empire Sdn Bhd dan beribu pejabat di Hub Perindustrian Suntrack, Selangor itu pernah menggunakan Ummi Nazeera, Hannah Delisha, Mariam Durian Kimchi, Sophia Albarakbah dan Farah Nabilah.
Menurut pengasas jenama Leeyanarahman, Nur Liyana Abdul Rahman, pihaknya memanjat kesyukuran kerana resipi menggunakan material premium cotton voile sedari dulu dengan harga ‘marhaen’ RM29 sahaja terus digilai ramai.
“Kami percaya niat mahu melihat wanita termasuk beragama Islam dan Melayu menggayakan tudung mampu milik ini sentiasa dipermudahkan. Semoga Tuhan terus mempermudahkan niat ini dan menjadi asbab baik untuk semua.
“Tentunya, lonjakan dan ledakan kempen itu menjadi apabila kami melamar pelbagai artis wanita berpengaruh untuk menjadi muse.
“Fasha sendiri yang semakin langsing kebelakangan ini menepati keinginan kami menjadi wakilan dan simbolik Rosalinda yang pernah menjadi igauan ramai suatu lebih dua dekad lalu. Tak sangka fenomena ‘Rosalinda’ itu berlaku lagi asbab pemilihan Fasha dan sokongan peminat jenama kami,” katanya.

20 rekaan tudung Rosalinda

Isteri kepada Muhammad Hafiz Abd Hamid itu berkata koleksi tudung dikeluarkan kali ini menampilkan 20 rekaan.
“Tak sangka, selepas dilancarkan memang laku keras koleksi Rosalinda - Fasha ini di ibu pejabat dan stokis satu Malaysia.
“Rekod kejayaan ini juga terus membuka ruang dan peluang kepada lebih 10,000 ejen dan stokis kami di seluruh Malaysia menjana pendapatan.
“Antara 20 koleksi rekaan itu kami namakan Thalia, Peony, Miamor, Mawar, Amaryllis, Catalina, Bonita dan Lily. Sekarang kami turut sibuk pula dengan koleksi Aidiladha Series seperti gabungan kaftan dan kurung yang dipanggil Aspalela,” katanya.

Fasha puji tudung Leeyanarahman

Sementara itu, Fasha sendiri bersyukur kerana pihak Leeyanarahman sudi menyuntingnya.
“Kalau Thalia menjadi Rosalinda sering terkenal dengan wajah cantik serta suka menyelit bunga mawar di tepi telinganya, tudung kempen Rosalinda ini juga apa kurangnya.
“Saya sendiri melihat usaha dilakukan Nur Liyana dan suami, Muhammad Hafiz itu mengangkat jenama tudung mereka sejak 2012. Ternyata populariti dan pengaruh itu seiring dengan kualiti tudung mereka yang cantik, trendy, berkualiti dan harga mampu milik.
“Tentunya saya bangga apabila kempen ini memilih nama Rosalinda. Drama dan watak yang pernah bertakhta di hati ramai itu tak disangkal lagi. Sejak kecil saya meminati drama itu dan teruja menjayakan kempen ini,” katanya.

Rahsia langsing Fasha Sandha

Sempat ditanya mengenai rahsia langsing, Fasha mengakui bukan kerja mudah untuk sampai ke tahap sekarang.
Ibu kepada Putra Rayfal, Putri Rasyha Jemyma dan Aisha Amaira itu berjaya menurunkan lebih 10 kilogram.
“Sejak Oktober lalu, saya jaga pemakanan dan imbangi dengan senaman. Saya juga sudah boleh diet ketat selepas Aisha sudah meminum susu formula.
“Dari Isnin hingga Jumaat, saya tak makan daging dan ayam langsung. Hanya jamah ikan saja. Manakala Sabtu dan Ahad, hari saya melantak.
“Saya ini dari jenis genetik besar. Jadi makan lebih sedikit badan akan cepat naik. Syukur pengorbanan dan usaha saya nak langsing kali ini dipermudahkan,” katanya.
Sejak 2012 melebarkan sayap perniagaan bermodalkan RM1,500, jenama diusahakan Nur Liyana dan Hafiz ini pantas mencuri perhatian.
Sebelum tudung, jenama ini terlebih dahulu keluarkan pakaian Muslimah.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar