Hiburan

Pilih Jenama Mewah, Harga Katil Jennie BLACKPINK Sama Nilai Sebiji Rumah!

Gempak
11/08/2024
07:55 MYT
Sponsor Banner
Pilih Jenama Mewah, Harga Katil Jennie BLACKPINK Sama Nilai Sebiji Rumah!

Baru-baru ini, penyanyi dan anggota kumpulan BLACKPINK, Jennie muncul dalam rancangan hiburan berjudul TMI News Show.

Disiarkan menerusi saluran Mnet, episod pada minggu tersebut memaparkan rumah-rumah selebriti yang memiliki hiasan dalaman mewah.

Jenama mewah

Apa yang menarik perhatian adalah segmen berkenaan katil Jennie yang dikatakan bernilai ratusan ribu ringgit!

Menerusi program berkenaan, katil yang dimiliki Jennie adalah daro jenama Hästens. Harga katil berkenaan bernilai 170 juta won (RM552,830).

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Desak Jatuhkan ‘Hukum' Buat Jennie Blackpink Kerana Hisap Vape

ARTIKEL BERKAITAN: Jadual Terlalu Padat, Jennie BLACKPINK Pernah Tidak Tidur 4 Hari

ARTIKEL BERKAITAN: Tinggalkan YG Entertaiment Untuk Karier Solo, Jennie Blackpink Dedah Maksud Agensi Miliknya ODD ATELIER

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak Sedap Jangan Dengarlah” - Tuduh Jennie Blackpink Tak Boleh Menyanyi, Individu Ini Dikecam

ARTIKEL BERKAITAN: Jennie Beli Apartment Bayar Cash, Tak Buat Loan Bank

Selain Jennie, jenama katil yang turut diberi gelaran ‘Rolls Royce of Beds’ itu turut menjadi pilihan selebriti popular Drake, dan figura hebat, Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook.

Disifatkan sebagai membazir? Hästens pastinya tidak bersetuju. Hal ini kerana, Hästens merupakan syarikat peralatan tempat tidur pertama yang menerima anugerah Ekolabel Angsa Nordic, satu pengiktirafan yang diberikan kepada syarikat yang mematuhi panduan paling ketat tentang amalan mesra bumi.

Beberapa perabot dan barangan milik Jennie yang turut dipaparkan dalam episod tersebut adalah Sofa Roche Bobois yang bermula pada harga 9.6 juta won (RM31,090) dan set pembesar suara audio, 15.9 juta won (RM51,302)
Sumber: Koreaboo
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar