Laman Utama
Pilihan Isnin: Aubrey Suwito Dituduh Perli Tok Ti, Isteri Caprice Kena Kacau & Keluang Man Bakal Difilemkan
Walaupun ramai yang belum move on dengan weekend namun pelbagai kisah menarik tetap berlaku pada hari Isnin.
Kami kongsikan lima seleksi best yang berlaku sekitar Isnin.
Nama maestro muzik tersohor, Aubrey Suwito menjadi bualan gara-gara ciapan balasan yang dihantarnya di platform Twitter baru-baru ini.
Segalanya bermula apabila produser muzik, JD mempersoalkan sama ada artis-artis yang wajah mereka terpampang di billboard Times Square di New York pernah membuat persembahan di kota tersebut.
Penyanyi rap, Caprice memberikan amaran kepada individu yang mengganggu privasi isterinya, Farra Inalis dengan menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp.
Tindakan lelaki tersebut telah melampaui batas dan Caprice memberikan tempoh 24 jam kepada individu terbabit untuk membuat permohonan maaf sebelum tindakan lanjut diambil.
Siri animasi legenda Malaysia yang amat popular dan menjadi fenomena dalam kalangan masyarakat tempatan sejak lebih dua dekad lalu, Keluang Man bakal diangkat ke layar perak.
Penerbit dan peneraju industri perfileman tanah air, Astro Shaw telah menandatangani lesen hak cipta adaptasi ke filem bersama pemegang IP (Harta Intelek) Keluang Man, Iconic Animation Studio Sdn Bhd baru-baru ini bagi menerbitkan filem aksi pertama Keluang Man.
Pelakon Datin Paduka Eina Azman mencuri perhatian ramai apabila meluangkan masa keluar membawa semua pembantu rumahnya menonton filem seram tular, KKN Di Desa Penari di pawagam.
Aktiviti itu dilakukan bersempena ulang tahun kelahiran seorang pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Bikna yang ke-38.
Memang aneh! Akaun Facebook milik selebriti terkenal Thailand yang telah meninggal dunia Februari lalu, Tangmo Nida, tiba-tiba aktif.
Lebih mengejutkan apabila beberapa status telah dimuatnaik di laman media sosial itu hingga mencetuskan pelbagai spekulasi.