Laman Utama

Polis Dah 'Roger', Caprice Akan Balik Malaysia Tak Lama Lagi - "Interpol Tak Cari Pun, Tapi Sebenarnya ..."

Amri Hassan
22/08/2021
05:50 MYT
Sponsor Banner
Polis Dah 'Roger', Caprice Akan Balik Malaysia Tak Lama Lagi - "Interpol Tak Cari Pun, Tapi Sebenarnya ..."
Penyanyi rap Caprice mendedahkan pihak berkuasa Malaysia telah menghubunginya baru-baru ini menerusi aplikasi WhatsApp.
BACA: "Kalau Susah Cari Saya, Cari Sajat Dulu" - Caprice Tak Menyorok, Tunjuk Bukti Hari-Hari Dapat WhatsApp
BACA: Laporan Ebit Lew: PDRM Mohon Bantuan Interpol Kesan Caprice & Nadir Al-Nuri - "Chat Tak Dibalas"
Menjelaskan situasi sebenar kata Caprice, 33, berlaku salah faham dalam laporan media hingga melibatkan bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesan kedudukannya.
"Pagi tadi IO / Insp dari IPD Wangsa Maju finally WhatsApp message dan WhatsApp call Caprice.
"Sebenarnya, Interpol tak cari pun Caprice, the media took it out of context and headline semua buat nampak macam ade kes luar biasa sampai orang komen macam kita ni hilang atau tengah lari.
"Alhamdulillah semua okey, tak ada kes jenayah pun yang dibuka. IPD Wangsa Maju hanya nak minta statement Caprice.
"Sebab Caprice melalui banyak benda yang pelik sejak kita sampai, apabila Caprice baca berita pasal Interpol, komen dekat social media dan terima banyak calls dari KL yang tengah risau... benda tu buat kita lagi risau dan fikir bukan-bukan.
"Officially, ni baru 3 minggu di mana kita gerak sorang dengan misi kita sendiri #roadtoalaqsa2030," katanya.
Caprice turut berterima kasih kepada pihak polis yang bertindak secara profesional.
"Terima kasih kepada @pdrmsia_official sebab bagi keterangan yang sangat jelas dan professional. Terima kasih juga kepada rakan-rakan di PDRM yang remind balik caprice tentang keselamatan kita di area ni.
"Insya-Allah selepas settle a few of my milestones, kita akan selamat sampai Malaysia," katanya.
Kelmarin menerusi sesi siaran langsung Instagram bersama Azad Jasmin, Caprice memaklumkan dia telah mengoyakkan tiket penerbangan pulang ke Malaysia selepas mendapat tahu dirinya dicari Interpol.
"Saya sudah tempah tiket penerbangan (pulang) tetapi selepas baca tajuk berita hari ini, saya koyak tiket tersebut.
"Saya nak tanya, kalau Interpol cari anda, adakah anda nak balik ke Malaysia?
"Bila terima mesej Interpol nak cari saya, memang tidak lah saya nak balik sekarang," katanya dalam sesi tersebut.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar