Laman Utama

"Kalau Susah Cari Saya, Cari Sajat Dulu" - Caprice Tak Menyorok, Tunjuk Bukti Hari-Hari Dapat WhatsApp

gempak
Amri Hassan
21/08/2021
01:45 MYT
Sponsor Banner
"Kalau Susah Cari Saya, Cari Sajat Dulu" - Caprice Tak Menyorok, Tunjuk Bukti Hari-Hari Dapat WhatsApp
Penyanyi rap Caprice menegaskan dirinya sentiasa bersedia untuk memberikan kerjasama kepada mana-mana pihak berkuasa tanpa perlu melarikan diri.
BACA: Laporan Ebit Lew: PDRM Mohon Bantuan Interpol Kesan Caprice & Nadir Al-Nuri - "Chat Tak Dibalas"
Jelas Caprice, sepanjang berada di Palestin dia sentiasa berhubung dengan kedutaan Malaysia di sana dan tidak sepatutnya wujud sebarang isu susulan.
"Kenapa tak hubungi kedutaan Malaysia? Kita setiap hari dengan staf kedutaan Malaysia makan dan minum santai.
"Caprice pelik dengan kenyataan polis nak minta tolong Interpol sebab tak dapat hubungi Caprice. Sedangkan ramai je WhatsApp kita hari-hari siap ada minta cenderamata lagi.
"Punye kecoh pagi-pagi bangun baca berita macam nak nampak kita ni tengah nyorok atau lari sedangkan kita santai je kat sini jumpe Embassy Malaysia, Duta Palestine, dan sahabat-sahabat kita kat sini.
"Tiap kali Caprice ade buat progress pasal Palestine... ade je halangan atau cerita baru. Sumpah Caprice penat," katanya menerusi hantaran di Instagram.
Dalam masa sama, Caprice memberikan perbandingan antara situasinya dan usahawan kosmetik kontroversi, Nur Sajat yang gagal dikesan sejak lima bulan lalu.
Tulis Caprice; "Kalau susah cari Caprice, cari Sajat dulu."
Tegas Caprice, dia percaya lambat-laun kebenaran akan terbongkar tanpa perlu memfitnah sesiapa.
"Alhamdulillah kita tak pernah fitnah siapa-siapa lagi. Tanpa sedar si labu tu yang sibuh cakap orang ni fitnah dia. Orang tu fitnah dia.
"Tanpa sedar korang yang percaya bulat-bulat sedang memfitnah kita pula. Insya-Allah kebenaran akan sampai kepada Malaysia dan umat Islam tidak lama lagi," tambahnya.
Bertitik tolak daripada kontroversi misi kemanusiaan dermawan tersohor, Ustaz Ebit Lew, laporan polis telah dibuat pada akhir Julai lalu dan mendakwa Caprice telah memfitnah beliau.
Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta GAZA Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman didakwa gagal dihubungi dan tidak memberikan sebarang maklum balas.
Terbaharu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah mendedahkan pihak telah meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesan kedudukan sebenar serta berhubung dengan Caprice dan Nadir.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024