Hiburan

Polis Indonesia Sahkan Pempengaruh Malaysia, Ammar Nazhan Buat Cerita Palsu

Gempak
06/02/2025
12:58 MYT
Sponsor Banner
Polis Indonesia Sahkan Pempengaruh Malaysia, Ammar Nazhan Buat Cerita Palsu
Pempengaruh Malaysia, Ammar Mohd Nzahan dan Aras yang menghasilkan kandungan media sosial di Kota Bandung, Jawa Barat, Indonesia, rupanya berlakon mengenai kehilangan teman mereka di sebuah hutan.
KumparanNews menerusi laporan mereka pada Khamis mengesahkan siasatan polis mendapati ia adalah cerita palsu.
"Keterangan Ammar dan Aras menjelaskan mereka membuat siaran langsung di Bukit Embah Garut RT 05, RW 09, Kelurahan Cisurupan, Kecamatan Cibiru, Kota Bandung pada Ahad lalu menerusi TikTok dengan cerita sensasi 'pempengaruh Malaysia (Eykaa) hilang selama 48 jam selepas membuat kandungan paranormal'. Kandungan sensasi itu dibuat semata-mata untuk meningkatkan jumlah tontonan dan pengikut.
"Mereka tidak sedar bahawa undang-undang Indonesia mengenakan hukuman tegas terhadap penyebar berita palsu. Kandungan yang mereka buat juga tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa meskipun sudah diberi kelulusan oleh pengurus wilayah setempat," ujar Kapolsek Panyileukan, Kompol Kurnia.
Menurutnya, pempengaruh tersebut telah meminta maaf kepada polis dan membuat kenyataan bertulis serta video pengakuan bahawa mereka tidak akan mengulangi perbuatan tersebut. - Agensi
Sumber: Sinar Harian
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024