Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Pukul, Kejar Bapa Dengan Pisau Kerana Berang Ditegur Sering Lepak

Gempak 23/08/2024 | 11:25 MYT

Gara-gara ditegur oleh ayahnya, seorang anak lelaki berusia 16 tahun dari Mamuju,Sulawesi sanggup memukul dan mengejar mangsa dengan sebilah pisau.

Kejadian berlaku di rumah mereka di Kelurahan Rimuku, Kecamatan Mamuju pada 19 Ogos lalu.
"Insiden itu berlaku sekitar jam 2 petang (waktu tempatan), anak itu memukul ayah kandungnya dengan tangan serta mengejarnya dengan senjata tajam," kata polis Mamuju, Ipda Herman Basir pada Rabu.

Ujarnya, susulan insiden itu ayahnya yang dikenali sebagai S, terpaksa melaporkan perbuatan anaknya itu kepada pihak polis.
"Ayahnya menelefon polis yang kemudiannya pihak kami datang ke rumah untuk mengamankan keadaan," katanya.

BERITA TRENDING: Rompak, Perkosa, 'Sumbat' Mayat Ke Dalam Bagasi

BERITA TRENDING: "Motif Pembunuhan Dua Beranak Dipercayai Akibat Keganasan Rumah Tangga," - Polis

BERITA TRENDING: "Suspek Kelar Isteri & Anak Minta Izin Tidur Di Masjid" - Imam

BERITA TRENDING: Aufahanie Berang Individu Tabur Fitnah Mengenai Nidza Afham - “Siapakah Kamu Untuk Sebar Ketidakpastian Cara Pemergian Abang Saya!”

Tambahnya, selain memukul ayahnya, pelaku juga merosakan perabot dan peralatan di dalam rumah.

Ujarnya lagi, malam sebelum kejadian ayah pelaku menegurnya kerana dia sering lepak dan tidur di rumah jiran.
Pelaku kini ditahan dan masih menunggu laporan rasmi daripada ayahnya kepada polis.
Sumber: Sinar Harian

#Indonesia #Pisau #Kejar Bapa
;