Hiburan

Aufahanie Berang Individu Tabur Fitnah Mengenai Nidza Afham - “Siapakah Kamu Untuk Sebar Ketidakpastian Cara Pemergian Abang Saya!”

gempak
Asyikin Mayudin
16/08/2024
01:55 MYT
Sponsor Banner
Aufahanie Berang Individu Tabur Fitnah Mengenai Nidza Afham - “Siapakah Kamu Untuk Sebar Ketidakpastian Cara Pemergian Abang Saya!”
Penyanyi Aufahanie meluahkan rasa berang terhadap netizen yang menuduh Allahyarham abangnya yang juga penyanyi Nidza Afham meninggal dunia gara-gara berdepan masalah cinta.

Hubungan arwah & kekasih keadaan baik

Aufa menerusi platfrom X membalas ciapan individu yang menyebarkan fitnah itu dengan menegaskan arwah dan teman wanita yang dikenali sebagai Hazmiera dalam keadaan baik dan sedang merancang untuk berkahwin.

“Siapakah kamu untuk mengeluarkan statement seolah-olah kamu mengenali ABANG SAYA dan teman wanitanya dengan rapat? Kami semua sangat rapat dengan arwah dan juga teman wanitanya.

“Handphone arwah pada kami, di WhatsApp kami baca perancangan mereka untuk berkahwin, beberapa hari sebelum abang saya dimaklumkan hilang, pada hari Ahad mereka berdua baru sahaja pergi ke wedding fare.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Persoal Punca Kematian, Ustaz Bola Mohon Hormat Keluarga Arwah Nidza Afham - “Bahkan Seolah-Olah Macam Kita Pula Penyiasat”

ARTIKEL BERKAITAN: Selesai Bedah Siasat, Polis Klasifikasi Kematian Nidza Afham Sebagai Mati Mengejut - “Tiada Lain-Lain Kecederaan Fizikal”

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Allahyarham Nidza Afham Reda, Syukur Jenazah Sempurna - "Tiada Satu Pun Yang Patah, Allah Bagi Kesempurnaan"

“Mencari venue untuk teruskan perkahwinan. Kami SAKSI, bahawasanya mereka dalam keadaan yang baik, sedang bahagia bersama-sama,” tegas Aufa.
Sebelum ini, media melaporkan siasatan kes kematian Allahyarham penyanyi Nidza Afham atau nama sebenarnya, Muhammad Nidza Afham Mokhtar, 23, diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).

Masih tunggu keputusan

Dalam pada itu, Aufa turut mempersoalkan tindakan individu tersebut yang menyebarkan sesuatu berita tidak benar mengenai Allahyarham Nidza Afham sedangkan keluarga masih menunggu keputusan dari hospital.

“Siapakah KAMU, untuk menyebarkan ketidakpastian tentang cara pemergian ABANG SAYA, sedangkan kami sekeluarga MASIH MENUNGGU keputusan yang pending dari pihak hospital.

“SIAPAKAH KAMU untuk membuat kenyataan tentang hubungan mereka yang sedang bermasalah? Siapakah KAMU?” ujarnya.

Teman wanita baik

Penyanyi berusia 21 tahun ini juga memberitahu teman wanita arwah seorang yang sangat baik malah disebabkan wanita itu juga mereka sekeluarga mengetahui kehilangan Afham.

“Teman wanita abang saya sangat baik. Kalau bukan sebab dia, malam kejadian abang saya hilang, kami TAKKAN TAHU yang dia sudah hilang dan takkan tahu kemana nak cari dia.

“Allah temukan abang dan dia bersebab, sebagai pertolongan kepada kami dan juga arwah abang saya,” kongsinya lagi.

Padam ciapan

Sementara itu, Aufa meminta individu tersebut untuk memberi keterangan kepada pihak jika mempunyai bukti atas tuduhan tersebut.
Bagaimanapun, Aufa memohon individu tersebut memadam ciapan berunsur fitnah itu sekiranya tidak membuktikan apa-apa.
“Padam ciapan anda, berhenti sebarkan spekulasi dan FITNAH terhadap arwah abang saya yang tercinta. Kami sekeluarga tidak reda dan tidak maafkan kenyataan yang dibuat oleh anda @os_bsn.
“Saya minta anda ke balai polis dan beri keterangan saksi bahawa anda MELIHAT DENGAN MATA anda dan ANDA SAKSI yang abang saya ambil nyawanya sendiri berserta dengan BUKTI.
“Jika tidak, sila padam tweet berunsur fitnah anda segera,” tegasnya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live