Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Putus Dengan Qi, Nia Atasha Belum Sedia Bercinta Lagi

Asraf Aided 09/07/2020 | 04:46 MYT
Model, pelakon dan bekas pengacara HLive, Nia Atasha merasakan sekarang adalah masa yang sesuai untuk dia menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap kerjaya.
Menurut Nia, dia juga mahu berehat seketika dari memikirkan soal cinta selepas putus dengan pelakon Qi Razali pada sekitar awal tahun ini.
"Sekarang merupakan masa yang sesuai untuk saya menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerjaya dan melupakan seketika hasrat untuk bercinta dengan mana-mana lelaki.
"Saya dan Qi putus awal tahun ini, dia merupakan lelaki yang paling lama menjalinkan hubungan dengan saya, sudah tentu saya perlukan masa," katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, figura 23 tahun ini juga sempat menceritakan serba sedikit tentang perniagaan jenama pakaian tidur miliknya, Sleepyjama.
"Selain menceburi bidang hiburan, saya juga sudah memulakan perniagaan jenama pakaian tidur yang diberi nama Sleepyjama.
"Saya gembira kerana urusan perniagaan ini kembali berjalan lancar selepas tergendala seketika ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara kita baru-baru ini.
"Saya menjual koleksi baju tidur kerana saya sendiri sukakannya, tambahan lagi, koleksi baju tidur jenama saya kelihatan bergaya dan bukan untuk dibawa tidur semata-mata," katanya lagi.
Pada April tahun lalu, Qi pernah menyatakan hasratnya untuk mendirikan rumah tangga bersama Nia.
BACA : "Saya Ada Rancang Untuk Berkahwin, Tapi..." - Qi Razali
Namun ketika itu, dia mahu Nia mengejar impian dan menumpukan perhatian dalam bidang pengacaraan terlebih dahulu.
Menerusi laporan Gempak semalam, Nia telah mengesahkan hubungan cintanya bersama Qi telah berakhir, namun kedua-duanya memilih untuk meneruskan persahabatan sebagai rakan baik.
BACA : Nia Atasha Putus Cinta Dengan Qi Razali
#pelakon #Pelakon #Model #Nia Atasha
;