Hiburan
A.R Rahman Bertemu Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Ini Hal Yang Dibincangkan!
Meskipun jadual padat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat bertemu dengan penyanyi dan komposer legenda dari India, AR Rahman di Bangunan Parlimen, semalam.
Anwar berkata, pelbagai isu dibincangkan oleh mereka dengan penyanyi terkenal itu yang bakal mengadakan konsertnya di Malaysia pada 27 Julai ini.
"Perbincangan kami seputar industri seni dan muzik tempatan dan antarabangsa. Saudara AR Rahman turut berkongsi beliau kini sedang meneroka muzik ala sufi, selain kami bersama menekuni isu-isu lain membabitkan aspek digital dan Kecerdasan Buatan (AI)," katanya dalam perkongsian di aplikasi X.
BERITA TRENDING: A.R Rahman Cerita Momen Nostalgia Jumpa Mendiang Michael Jackson, Hampir Rakam Lagu Bersama - "Sayangnya Dia Pergi Lebih Dahulu"
Pertemuan kira-kira 40 minit itu turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk R Ramanan, Pengarah Star Planet, Datuk R Rajendran dan Pengarah Urusan Star Planet Datuk Alan Foo.
Konsert AR Rahman Live in Kuala Lumpur itu dipersembahkan bersama oleh Thamarai Jewels dan SRM International Real Estate LLC serta dianjurkan oleh Star Planet.