,
Hiburan

A.R Rahman Cerita Momen Nostalgia Jumpa Mendiang Michael Jackson, Hampir Rakam Lagu Bersama - "Sayangnya Dia Pergi Lebih Dahulu"

Gempak
09/07/2024
15:41 MYT
Penyanyi dan komposer terkenal India, A.R Rahman berkongsi momen nostalgik bersama Raja Pop Dunia, mendiang Michael Jackson ketika hayatnya sekitar 15 tahun lalu.

BERITA TRENDING: AR Rahman Tak Bersendirian, Ini Barisan Penyanyi Undangan Yang Akan Bersama-Sama Di Stadium Nasional Bukit Jalil 27 Julai Nanti!

Cerita A.R Rahman, mereka pernah bertemu dan hampir merakamkan lagu bersama-sama pada tahun itu.
"Kejadian ini berlaku pada tahun 2009, saya telah terbang ke LA. Pada masa itu, saya cuba nasib saya untuk berjumpa dengan mendiang Michael Jackson. Kemudian, saya ada ceritakan kepada kawan saya yang juga ejen yang menguruskan mendiang Michael.
"Selepas tiga minggu, kawan saya memberitahu kepada saya yang dia sudah hantar e-mel kepada mendiang tapi tiada respon. Selepas itu, saya tercalon dan untuk anugerah Oscar dan mendiang Micheal pun balas e-mel kepada kawan saya untuk bertemu dengan saya.
"Tapi, saya berkata yang saya enggan bertemu kalau saya tidak memenangi anugerah Oscar. Pada keesokan harinya, saya menang anugerah Oscar dan terus berjumpa dengan dia di rumahnya pada pukul 6:30 petang.
“Dia menjemput saya dengan pemandu peribadinya. Tiba saja saya di rumahnya, mendiang Michael Jackson buka pintu dengan memakai sarung tangan ikonik dan cermin mata.
“Kami banyak berbual topik seperti keamanan dunia, muzik dan paling mengejutkan dia siap menari depan saya. Itu perkara yang paling saya tidak akan lupa," ceritanya kepada peminat ketika sesi meet & greet di Menara PGRM, Kuala Lumpur pada Isnin.

BERITA TRENDING: Kuasa Di Hujung Jari Korang, Peminat Boleh Undi 40 Track Lagu Untuk AR Rahman Live In KL!

BERITA TRENDING: Gambar B*gel Michael Jackson Bakal Didedahkan Lepas 2 Lelaki Dakwa Jadi Mangsa Pedofil

BERITA TRENDING: Ibu Restu Anak Saudara Jadi Michael Jackson Dalam Biopik

Bagaimanapun, impian untuk merakamkan lagu bersama tidak dapat direalisasikan apabila pesohor dunia yang popular dengan lagu Billie Jean itu meninggal dunia pada Jun 2009.
"Selepas pertemuan itu, kami ada membuat perbincangan untuk berkolaborasi bersama. Lagu kami juga berkisarkan tentang isu iklim dunia sama seperti mesej lagu We Are the World yang dikeluarkan pada tahun 80-an
"Apapun yang saya buat, MJ kata dia akan turut serta. Tapi sayangnya dia pergi lebih dulu," tambahnya.
Sementara itu, pelbagai aktiviti menarik yang dilakukan A.R Rahman semasa perjumpaan bersama peminatnya baru-baru ini.
Antaranya persembahan tarian lagu-lagu terkenal dari Rahmaniac Malaysia dan cabutan bertuah untuk bergambar bersama A.R Rahman.
Untuk info, A.R Rahman dijadualkan menjayakan konsert jelajahnya di Malaysia pada 27 Julai di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Turut sama berkongsi pentas bersama A.R Rahman ialah Mano, Srinivas, Sri Rascol, Shweta Mohan, Shakthisree Gopalan, Blaaze, ADK, Ameen Rahman, Shubha Vedula, Shivang Sudhir Vaishnav, Hriday Deepak Gattani, dan Bhavin Navin Pushkama.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Penyanyi Reedzwann Terlibat Kemalangan, Rakan Maut

gempak
07/09/2024
07:22 MYT
Penyanyi Reedzwann, 23, terselamat selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 363.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Trolak, Perak pada Sabtu.
Hiburan

Tiada Lagi Sengketa, Sajat Syukur Dah Berbaik Dengan Mustika - “Sekarang Adik Saya Buat..”

gempak
06/09/2024
12:55 MYT
Usahawan kontroversi, Sajat meluahkan rasa syukur apabila dia dan adik, Mustika sudah kembali berbaik.
Hiburan

2NE1 Akan Singgah Manila Dan Jakarta Untuk Konsert, Malaysia Pula Bila?

gempak
06/09/2024
12:25 MYT
Kumpulan yang terkenal dengan lagu I Am The Best itu telah mengumumkan dua lokasi pertama bagi jelajah mereka pada Jumaat.
Artis

”Lagu Zaman Sekarang Kosong & Tiada Jiwa, Tak Macam Lagu…” Rahmat Mega

gempak
06/09/2024
11:55 MYT
Penyanyi, Rahmat Mega berpendapat kebanyakkan lagu pada masa kini bagaikan tidak mempunyai jiwa dan ‘rasa’.
Viral

Apa Hukum Lelaki Pakai Bearing Pada Kemaluan? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus!

gempak
05/09/2024
11:20 MYT
Pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus tampil menjelaskan mengenai hukum lelaki memasang implan atau ‘bearing’ yang diperbuat daripada besi pada bahagian kemaluan.