Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Ramai Betul Yang Palatau!“ - Shafiq Amzah Labelkan Netizen Terlebih Cerdik

Mya Amri 15/10/2023 | 00:50 MYT

Adik lelaki kepada Shila Amzah iaitu Shafiq menyelar sikap netizen yang dikatakan terlalu memihak pada kakaknya.

Shafiq menulis tentang perkara itu dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman TikTok miliknya pada Sabtu.

Menurut Shafiq, netizen terlalu cepat membuat andaian walaupun tanpa mengetahui hal yang sebenar.

“Ramai Betul yg Palatau! Netizen sekarang terlebih cerdik sampai maki hamun mak and hina keluarga itu bukan lagi satu kesalahan.

"Dah emosi, maki jelah. Mak je pun. Bukan penting pun. Tanpa doa mak pun aku boleh berjaya la." Serius lah? Haih. Netizen netizen.

“Mak ni kalau kita marah macam mana sekali pun, kita tak ada hak nak maki atau hina mak kita. Besar sangat ke pengorbanan kau tu kalau nak dibandingkan mak yang lahirkan kau?” coretnya.

Dalam hantaran yang sama, Shafiq juga menasihatkan Shila supaya jangan bersikap sombong atas kejayaan yang dimiliki.

Selain itu, Shafiq turut meminta Shila bertemu ibu mereka dan memohon maaf.

“Kau berbaktilah 1,000 tahun sekali pun masih tak terbalas jasa mak yang lahirkan kau. Jadi kau pergilah jumpa mak peluk cium dan minta maaf dengan mak sebelum terlambat.

“Allah nak tarik rezeki kau sekejap je. Jangan bongkak sangat dekat dunia ni wahai Shila Amzah,” tulisnya.

Terdahulu, Shila berdepan dengan kemelut keluarga apabila adik kepada Shila iaitu penyanyi Syada Amzah mendedahkan seorang individu tidak dikenali tiba-tiba datang ke rumahnya untuk melihat kediaman tersebut.

Dia turut meluahkan kekecewaan seperti dihalau daripada rumah sendiri sehingga menyifatkan dirinya bagai haiwan jalanan.

Malah, pada satu hantaran berbeza dia sekali lagi menimbulkan tanda tanya apabila sengaja menyindir kakak sendiri

Konflik menjadi semakin teruk apabila adik lelakinya, Shafiq juga turut campur tangan sehingga Shila terpaksa mendedahkan masalah yang berlaku dalam keluarganya kepada umum.

Antara pendedahan yang dibuat adalah mengenai isu menjual rumah pusaka, sisi buruk dua orang adiknya iaitu Syafiq dan Syada, sikap bapaknya yang suka mengongkong dan banyak lagi.

BACA: Pernah Dilempang Adik Sendiri, Shila Amzah Dah Sampai Limit...

BACA: Biadab! Shafiq Amzah Pernah Sindir Ubai – “Kau Ajar Sikit Bini, Kau Pun Mak Dah Meninggalkan?”

BACA: “Nurshahila, Kau Tanggunglah Dosa” - Fauziah Sarman Tak Maafkan Shila Amzah

BACA: “Emak Sudah Tidak Kenal Siapa Nurshahila…” - Fauziah Sarman Nafi Menangkan Anak Lain

#Netizen #Shila Amzah #Shafiq Amzah
;