Berita
Rapid Rail Mohon Maaf, Stesen KLCC Kini Kembali Dibuka Kepada Penumpang
Stesen LRT KLCC kini kembali dibuka dan beroperasi bermula petang tadi.
Dibenarkan masuk secara berperingkat
Berita itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan oleh Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) di akaun Facebook rasmi syarikat pengangkutan itu sebentar tadi.“Ini adalah untuk mengelakkan kesesakan di dalam kawasan stesen dan platform,” maklum kenyataan itu.“Stesen KLCC dibuka semula kepada penumpang dan kembali beroperasi pada jam 5.52 petang. “Penumpang telah dibenarkan masuk secara berperingkat dan pergerakan penumpang ke platform dikawal petugas stesen.
Rapid Rail mohon maaf insiden kebakaran kecil
Dalam kenyataan yang sama, pihak Rapid Rail juga turut menjelaskan mengenai insiden kepulan asap dikesan di bahagian bilik peralatan elektronik yang terletak dalam stesen.“Pasukan bomba telah tiba di lokasi kejadian pada jam 4.24 petang bagi menjalankan siasatan mengenai punca kebakaran serta memastikan status kawasan stesen berada dalam keadaan selamat untuk penumpang masuk ke stesen.“Dalam insiden yang berlaku pada jam 3.51 petang tadi, kebakaran kecil telah berlaku dan menyebabkan kerosakan pada panel kawalan penghawa dingin stesen yang terletak di dalam bilik loji penghawa dingin. “Petugas stesen yang berada di lokasi telah berjaya mengawal dan memadamkan kebakaran kecil tersebut.
“Rapid Rail memohon maaf kepada semua penumpang yang terkesan sepanjang tempoh insiden tadi, dan akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca insiden tersebut,” jelas kenyataan tersebut.
Berikut merupakan kenyataan penuh Rapid Rail:
Must-Watch Video