Gaya Hidup

Raya Tak Berdentum Macam Dulu Dah, Ini 5 Mercun Paling 'Rare' & Hampir Pupus!

Hanafis Haris
07/06/2019
11:04 MYT
Sponsor Banner
Raya Tak Berdentum Macam Dulu Dah, Ini 5 Mercun Paling 'Rare' & Hampir Pupus!
Tidak lengkap rasanya jika tiada dentuman mercun atau percikan bungai ketika Hari Raya. Bagaimanapun jika diperhatikan, kebanyakan jenis mercun semakin kurang dijual di pasaran.
Ini mungkin disebabkan larangan penjualan dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak beberapa tahun lalu. Hanya bunga api jenis 'Pop-Pop' dan 'Happy Boom' dibenarkan kerana tidak mengandungi bahan membakar yang boleh membahayakan keselamatan.
Namun bagi anda yang lahir pada tahun 90-an, mungkin kenangan bermain mercun antara paling diingati setiap kali menjelang raya.
Jika ada yang terlupa, kami senaraikan lima mercun yang hampir pupus ini.
#1 MERCUN KATAK
Pada yang tidak pernah bermain mercun katak, inilah rupa bentuknya.
Mercun ini akan meletup beberapa kali dan akan menyebabkan mercun ini seakan melompat, sebab itulah ia dipanggil mercun katak.
Bunyi mercun ini pula tidaklah sekuat mana.
#2 MERCUN ULAR
Mercun ini mungkin antara yang paling selamat kerana ia tidak akan meletup.
Mercun ular sebaliknya hanya akan meninggi dan memanjang seperti ular.
Mercun ini berwarna hitam dan sedikit berbau dan jika melihat pada situasi sekarang mercun ini boleh dikatakan hampir pupus dan tiada lagi di pasaran.
#3 MERCUN AYAM
Rupa bentuk mercun ini saja memang menyamai rupa ayam itu, sebab itulah ia digelar mercun ayam.
Ada yang mengeluarkan bunyi bising dan kemudian bergerak ke hadapan, tidak kurang juga yang mengeluarkan letupan beberapa kali.
Paling menarik, ada jenis mercun ini mengeluarkan telur pada bahagian belakang.
#4 MERCUN TARIK
Tarik dan letup! Mercun ini antara kegemaran kanak-kanak dulu kala.
Namun pastinya ada yang seriau dengan mercun ini kerana ia perlu ditarik. Pegang mercun ini pada tali kiri serta kanan dan kemudian tarik hingga ia meletup.
Agak menarik dan mencabar. Kanak-kanak dulu memang sukakan cabaran bukan?
#5 MERIAM BULUH
Kalau dalam bahasa inggeris, ia digelar sebagai ‘Bamboo cannon’. Nampak garang bukan?
Meriam buluh memang antara mercun paling bahaya pernah dihasilkan. Apa yang diperlukan adalah buluh, kalsium karbida (kabaid), dan minyak tanah.
Letupan daripada meriam buluh ini amat kuat dan silap langkah boleh mengakibatkan kecederaan.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar