Viral

‘Rebut’ Takhta Popular, YouTuber Maut Ditikam Pesaing Sewaktu Bersiaran Langsung

Maliah Surip
11/05/2024
13:50 MYT
Sponsor Banner
‘Rebut’ Takhta Popular, YouTuber Maut Ditikam Pesaing Sewaktu Bersiaran Langsung
Manusia hari ini semakin hilang akal. Hanya kerana sentiasa bersaing sebagai YouTuber yang sentiasa memyajikan konten paling hebat dan ‘laju’ ada yang sanggup melakukan jenayah sehingga membunuh.
Itulah yang berlaku apabila seorang YouTuber Korea Selatan yang popular sebagai Joddoltv maut selepas ditikam rakan pesaing sewaktu bersiaran langsung.

Maut ditikam ketika live

Lebih sadis, insiden tersebut berlaku sewaktu Joddoltv melakukan siaran langsung ketika menghadiri proses perbicaraan di mahkamah yang membabitkan dirinya dan suspek.
Penyerang dilaporkan mendekati Joddoltv sebelum menikamnya sekitar 9.24 pagi waktu tempatan. Mangsa dibawa ke hospital berhampiran sebelum disahkan meninggal dunia.

Tak boleh terima kegembiraan orang lain

Suspek kemudian sempat memuat naik video selepas menikam mangsa.
“Saya minta maaf kepada semua pengikut yang telah lama menyokong saya selama ini.

“Saya hanya tidak boleh menerima sikap seseorang yang mahu ‘membunuh’ kegembiraan orang lain. Saya tidak akan lari dan bertanggungjawab,” katanya dalam video tersebut.

Suspek kemudian berjaya ditahan pihak berkuasa tempatan dalam tempoh dua jam selepas video tersebut dimuat naik. Video tersebut diturunkan selepas dirinya ditangkap.

BERITA TRENDING: Rakam Aksi Sentuh Hajar Aswad & Kaabah, Netizen Sifatkan Atta Halilintar Buat Content Bukan Umrah

Kedua-dua YouTuber yang saling mengenali satu sama lain itu dilaporkan sedang menjalani perbicaraan di mahkamah selepas Joddoltv melayangkan saman ke atas suspek yang didakwa sering menghinanya.
Perseteruan mereka yang selalu berkongsi tentang kehidupan harian sudah berlaku sejak tiga tahun lalu, lapor Complex.com.

BERITA TRENDING: Atta Halilintar Berang Kes Bapa Cabul Anak Kandung - “Kalau Ayah Sendiri Tak Boleh Dipercayai…”

PILIHAN PEMBACA: Gaduh Pasal Kentut, YouTuber Kutuk Pemandu Teksi Berdepan 5 Tahun Penjara

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar