Laman Utama
Recap Khamis: Insecure Buka Mask, Video Banduan Akhir Makan Sambil Mengigil, Tabung Bantuan Yasin Sulaiman
Sekejap sahaja masa berlalu kan? Tahu-tahu hari Khamis pun sudah melabuhkan tirai.
Tanpa membuang masa, di sini kami kongsikan lima kisah menarik sepanjang Khamis.
Pengumuman mengenai kelonggaran Prosedur Operasi Standart (SOP) yang baharu semalam mendapat pelbagai reaksi netizen.
Antara yang paling popular adalah mengenai pemakaian dan penggunaan pelitup muka di tempat awam.
Tular sebuah video menunjukkan seorang banduan sedang menikmati makanan terakhirnya dikatakan mirip rakyat Malaysia yang dihukum gantung sampai mati, Nagaenthran Dharmalingam.
Sebuah tabung telah dilancarkan oleh keluarga penyanyi, Yasin Sulaiman bagi mengutip sumbangan ramai bertujuan untuk membiayai kos guamannya.
Polis Thailand menyimpulkan punca kematian pelakon Nida 'Tangmo' Patcharaveerapong yang terjatuh dari bot di Sungai Chao Phraya di Nonthaburi, utara Bangkok pada 24 Februari lalu disebabkan oleh kecuaian.
Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum umat Islam di Malaysia menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri. Sungguhpun kebanyakan daripada kita sedang sibuk membuat persiapan raya, namun masih ada juga yang sempat berbuat onar