,
Laman Utama

Kecuaian Lima Rakan Sebabkan Kematian Tangmo Nida - "Dia Tak Jatuh Akibat Silap Sendiri, Tapi ..."

Amri Hassan
28/04/2022
04:25 MYT
Polis Thailand menyimpulkan punca kematian pelakon Nida 'Tangmo' Patcharaveerapong yang terjatuh dari bot di Sungai Chao Phraya di Nonthaburi, utara Bangkok pada 24 Februari lalu disebabkan oleh kecuaian.
Lapor laman berita Thaiger, kesimpulan itu dibuat pihak berkuasa ketika membentangkan ringkasan siasatan selama berbulan-bulan pada Selasa selain mengumumkan mendakwa enam suspek, termasuk lima yang berada dalam bot dengan pelakon tersebut.
Dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Wilayah 1 di Bangkok, Leftenan Jeneral, Jirapat Phumjit berkata bahawa pihak detektif telah berpuas hati dengan bukti dan testimoni saksi dan menyatakan mereka tidak perlu menyiasat lebih lanjut.
Menurut laporan, polis menjelaskan bahawa Tangmo terjatuh dari belakang bot laju pada jam 10.34 malam (waktu tempatan).
Katanya, kematian pelakon itu bukan angkara pembunuhan. Sebaliknya merumuskan bahawa seseorang telah 'cuai' di dalam bot sehingga menyebabkan kematian Tango atau kes pembunuhan tanpa sengaja.
"Tangmo tidak terjatuh dalam sungai akibat kesilapan sendiri, tetapi seseorang yang telah cuai menyebabkan pelakon itu terbunuh," menurut laporan.
Phumjit berkata, penyiasat membuat kesimpulan bahawa selepas Tangmo terjatuh dalam sungai, daya sedutan enjin bot telah menariknya ke bawah kipas moto dan menyebabkan 26 luka termasuk luka besar di paha kanannya.
Dua bedah siasat menyimpulkan bahawa Tangmo meninggal dunia akibat lemas dan tiada dadah atau bahan lain ditemui dalam sistem badan sehingga boleh melumpuhkannya. - Agensi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Tom Holand Sah Kembali Jadi Spider-Man: “Saya Tidak Sabar”

gempak
24/10/2024
03:45 MYT
Tom Holand akhirnya mengesahkan akan kembali bermain dalam saga ke empat Marvel yang cukup ikonik dengan dirinya, Spider-Man.
Hiburan

"Saya Sendiri Rasai Pengalaman" - Ella Puji Rawatan Hormon Skyhill Clinic, Tak Mustahil Diiktiraf Malaysia Book Of Records!

gempak
23/10/2024
18:30 MYT
Penyanyi Ella berkongsi pengalamannya menjaga dan melakukan rawatan hormon di Skyhill Clinic sejak beberapa tahun lalu.
Viral

Dibayar RM60, Dibelasah Jika Tolak Melacur! Imigresen Selamatkan 7 Wanita Dari 'Kapten' Bangladesh

gempak
23/10/2024
15:25 MYT
Imigresen menyelamatkan tujuh wanita warga Vietnam yang disyaki dipukul jika enggan melacur, dalam serbuan di sebuah premis kedai dua tingkat di Klang, Isnin lalu.
Viral

Influencer Buka Cerita Peluk Islam - "Bila Tengok Kawan Solat, Ambil Wuduk, Saya Lebih Tertarik"

gempak
23/10/2024
14:02 MYT
"Saya tak pernah menyangka akan memeluk Islam lebih-lebih lagi dalam usia muda tapi bersyukur kerana Allah SWT buka hati untuk terima hidayahNya."
Viral

Buat Hal! Pelancong China Lastik Haiwan Di Zoo, Netizen Panas Hati

gempak
23/10/2024
13:25 MYT
Seorang pelancong China menerima kecaman orang ramai kerana melastik seekor badak air popular dalam kejadian di sebuah zoo di Thailand, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.
BorakSeeni