Tular sebuah video menunjukkan seorang banduan sedang menikmati makanan terakhirnya dikatakan mirip rakyat Malaysia yang dihukum gantung sampai mati, Nagaenthran Dharmalingam.

Menerusi platform TikTok, aktor kacak Fad Anuar berkongsi video tersebut video dan meluahkan rasa simpati dengan nasib yang menimpa Nagaenthran.

Pada perkongsian berdurasi kurang 20 saat itu menunjukkan banduan tersebut menggigil seolah-olah ketakutan sambil menyuap nasi yang merupakan makanan terakhirnya.

“Banduan akhir makan sehari sebelum hukuman gantung. Rakyat Malaysia Nagaenthran Dharmalingam telah menjalani hukuman gantung di Singapura awal pagi ini (Rabu).

“Kalau aku pun selera dah hilang,” tulisnya di dalam video tersebut.

@fadanuar #NagaenthranDharmalingam #Nagaenthran #Dharmalingam #fyp #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #fypppppppppppppp #Rip #maygodblesshim ♬ original sound - Fad Anuar


Sementara itu di ruangan komen, biar pun ramai yang mengetahui pemuda tersebut bukan Nagaenthran, rata-rata wargamaya meluahkan rasa sedih mereka terhadap nasib pemuda tersebut yang telah digantung awal pagi tadi.

Ramai yang tidak sanggup membayangkan itulah perasaan yang dialami Nagaenthran sewaktu menjalani momen-momen terakhirnya yang bersisa beberapa hari sebelum diragut tali gantung.

@mankoboy80:Tak kisah la siapa pun dia. lihat tangan dia yang menggeletar bila tahu itu makanan terakhir dia sebagai manusia yang masih bernafas.. sebak, pilu luluh terasa jiwa.”

@Shaaa:Dia menggigil Allahu sedihnya tengok dia.”

@Mr A:Nilah perkara yang terjadi jikalau kita tahu tarikh kematian kita.”

@misdolly69:Sesungguhnya hanya Tuhan sahaja yang tahu hati & perasaannya walaupun berlainan agama. Airmata tetap jatuh.. RIP.”

“@shantisri1475oh god this is not Nagaenthran guys please.”

@zakiahtahir855:selama 13 thun duk dalam penjara mengharapkan rayuannya di terima.”

@Puterii_Bungaa:Takutnya. Semoga kita semua bertaubat ya.. semoga Allah permudahkan urusan kita.”

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 5.5 juta tontonan oleh warga TikTok.

Terdahulu, Nagaenthran dijatuhi hukuman mati di penjara Changi pada tahun 2010 kerana mengedar 42.72 gram heroin ke Singapura pada tahun 2009.

Jasad Nagaenthran dibawa pulang ke Malaysia dan akan dikebumikan di kampung halamannya di Tanjung Rambutan pada Jumaat.