Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Recap Sabtu: Mimi Lana Kahak Berdarah, Neelofa Pencen? Lizzy Rasa Nak Mati Daki Gunung Kinabalu?

Syafiqah Jalal 05/03/2022 | 16:12 MYT
Pelbagai kisah selebriti dan cerita tular ada di Gempak hari ini, namun kami senaraikan 5 antara yang terbaik dan menjadi tumpuan.
Lihat dan klik lima artikel menarik di Gempak pada Sabtu:
  1. “Sejuk Menggigil, Kahak Berdarah”- Alami Simptom Covid-19 Teruk, Hospital Tak Terima Mimi Lana?
Pelakon Mimi Lana mendedahkan dia mengalami simptom yang agak teruk selepas disahkan positif Covid-19 sejak lima hari lalu.
Berkongsi pengalamannya menghidap wabak itu, Mimi atau nama sebenarnya, Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 26, memberitahu selain sakit-sakit badan dia juga mengalami kahak berdarah.
  1. "Tahun Ni Pencen" - Neelofa Dah Tak Nak Ramal Siapa Juara AJL Tahun Ini?
Pengacara popular Neelofa memutuskan untuk 'bersara' daripada membuat ramalan juara Anugerah Juara Lagu tahun ini.
Berkongsi pendiriannya di Twitter, isteri kepada pendakwah popular Haris Ismail itu bagaimanapun secara berseloroh bertanyakan semula ramalan orang ramai untuk anugerah tersebut tahun ini.
  1. Elizabeth Tan Menangis Berjam-Jam Sebelum Panjat Gunung Kinabalu - "Saya Fikir Mungkin Akan Mati Kat Atas Ni"
Penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan terharu dan berbangga dengan diri sendiri apabila berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu.
Kongsi Lizzy di Instagramnya, sebelum memulakan pendakian dia bergelut dengan mental dan emosi sendiri hingga mengalirkan air mata.
  1. "Kami Memohon Maaf..."- Reen Rahim Mengerjakan Umrah Bersama Ibu & Ayah
Pelakon Reen Rahim memaklumkan dia dan ibu bapanya telah berangkat kaki ke Tanah Suci bagi mengerjakan umrah semalam.
Justeru, Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, meminta maaf atas segala salah silap dirinya dan keluarga.
  1. Love! Heroin-Heroin Kampong Pisang Universe! Berbakat, Cantik, Tertarik Menarik Memang The Bomb!
Karya terakhir Allahyarham Mamat Khalid iaitu filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali telah pun menemui penonton sejak 3 Mac lalu.
Istimewanya lagi naskhah tersebut mendapat sentuhan dan disempurnakan sendiri oleh anak Allahyarham Mamat Khalid, Amen Khalid.
;