Laman Utama
"Rehat Jap, Penat Kena Buli" - Kazar Saisi
Bapa mentua kepada pelakon dan pengarah sensasi Syamsul Yusof, Kazar Saisi seakan-akan berkongsi luahan hatinya menerusi hantaran terbaharu di Instagram.
Dalam hantaran dengan gambar langit gelap itu Kazar menyuarakan untuk mahu berehat akibat terlalu penat dibuli.
"Rehat jap... Penat kena buli... huhu. Cu (see you) at some dine day," tulisnya.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan makna sebenar hantaran Kazar itu. Kazar juga menutup ruangan komen pada hantaran terbabit.
Kazar yang difahamkan kini berada di Perak untuk menjalani penggambaran sebuah drama terus mengemaskini media sosialnya dan menjalani kehidupan seperti sedia kala.
Malah, baru-baru ini media yang berkunjung ke kediamannya berputih mata apabila Kazar memaklumkan dirinya tiada di sana dan akan mengulas mengenai perkahwinan anak perempuannya, Ira Kazar dengan Syamsul Yusof nanti.
"Nanti-nantilah," demikian kata-kata Kazar memetik kenyataannya kepada media terbabit.
Jumaat lalu, Syamsul Yusof mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan dirinya telah berkahwin dengan Ira Kazar berwalikan Kazar Saisi sendiri.
Pergolakan rumah tangga Syamsul dan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana terus menjadi topik bicara sepanjang minggu lalu hingga sekarang.