Berita
Remaja 14 Tahun Menyamar Sebagai Kakitangan Hospital Serdang Ditahan
Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun ditahan polis kerana dipercayai menyamar sebagai pegawai perubatan dan memasuki bilik bedah hospital Sultan Idris Shah, Serdang pada Khamis.
Ditahan Di Lobi Hospital
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Yusof berkata, pelajar tingkatan dua itu ditahan di lobi hospital itu kira-kira pukul 9 pagi ketika cuba mendaftar di kaunter dengan menggunakan identiti palsu."Polis turut merampas sehelai baju dan seluar scrubselain lanyard...
"Polis turut merampas sehelai baju dan seluar scrubselain lanyard hak milik hospital berkenaan," katanya dalam kenyatan di sini, pada Khamis.
Wan Kamarul berkata, penahanan itu dilakukan selepas pihaknya menerima laporan daripada kakitangan hospital kira-kira pukul 1 tengah hari Rabu.
"Laporan itu mengatakan keberadaan seorang remaja perempuan yang mengaku sebagai pegawai perubatan dan mahu membantu menjalankan pembedahan.
"Keesokkan harinya, sebaik sahaja pihak hospital menyedari kehadiran remaja itu di kaunter pendaftaran kira-kira pukul 8.30 pagi, mereka terus menghubungi polis," ujarnya.
BERITA TRENDING: Sudahlah Terpaksa Usung Jenazah Lalu Jambatan Uzur, Penduduk Juga Terpaksa ...
BERITA TRENDING:Wanita Ditemui Di Hutan & 40 Hari Hidup Tanpa Makanan, Rantai Diri Sendiri Di Pokok
BERITA TRENDING: Selamba Guna Lebuh Raya Dari Arah Bertentangan, Geng Mat Rempit Teruk Dikritik Netizen - “Tak Ada Tujuan Hidup…”
BERITA TRENDING:10 Prebet Tentera Telanjang, Dipukul & Dipaksa Berdiri Dalam Hujan Lebih 5 Jam
Wab Kamarul meberitahu, polis membuka kertas mengikut Seksyen 488 Kanun Keseksaan atas kesalahan menceroboh dan Seksyen 170 kanun sama kerana menyamar sebagai penjawat awam.
Orang ramai diminta supaya tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau berita tidak benar berhubung kes itu.
Sumber: Awani