Viral
Wanita Ditemui Di Hutan & 40 Hari Hidup Tanpa Makanan, Rantai Diri Sendiri Di Pokok
Sebuah plot twist yang mengejutkan. Itulah yang terjadi kepada berita seorang wanita warga negara Amerika Syarikat yang ditemui dirantai di pokok oleh suami dan ditinggal selama 40 hari tanpa makanan di sebuah hutan di India sebenarnya hanya cerita rekaan.
BERITA TRENDING: Suami Rantai Wanita Di Pokok, 40 Hari Tidak Makan Diselamatkan Pengembala
Pihak berkuasa tempatan dan pakar mendedahkan wanita yang ditemui dalam keadaan lemah oleh pengembala kambing itu sebenarnya merantai dirinya sendiri.Wanita yang dikenali sebagai Lalita Kayi, 50, itu juga tidak berkahwin dan dipercayai mengalami halusinasi sewaktu memberi kenyataan pertama kepada pihak berkuasa lapor BBC.
Kayi didakwa mereka plot cerita berkahwin dengan lelaki tempatan sebelum ditinggalkan di hutan dalam keadaan menyedihkan kerana visa yang dimiliki telah tamat tempoh selain kehabisan wang.
Dia kemudian datang ke hutan di daerah Sindhudurg, 290 batu dari Selatan Mumbai dengan membawa rantai dan mangga lalu merantai dirinya sendiri di pokok sebelum memulakan plot kisah sedihnya sehingga diselamatkan selepas menjerit demi bantuan.
“Selepas beberapa hari dia sudah melakukan senaman, berjalan dan makan namun masih mendapatkan rawatan untuk menambah nutrisi pada badan,” kata doktor.
Namun Kayi tidak bercakap secara terbuka kepada umum. Dia malah melakukan komunikasi dengan cara bertulis sama seperti sewaktu pertama kali memberi kenyataan terhadap pihak berkuasa.
Pihak berkuasa tempatan juga telah berjaya mengesan keluarga Kayi di AS.
BERITA TRENDING: Hanya Pakai Kemeja Dan Seluar Dalam, Pelancong Wanita Ini Terpaksa Bertahan Atas Pokok 12 Jam
BERITA TRENDING: “Saya Bayangkan Pontianak Sedang Berbuai Dekat Pokok Ara Sambil Menyanyi” – Ajai Dedah Inspirasi Di Sebalik Lagu Pulangkan
BERITA TRENDING: Ini Sebab Kenapa Seekor Lembu Boleh Tersangkut Atas Pokok Di Yala
Must-Watch Video