Viral

Reman Pempengaruh Islamik Suami Isteri & Dua Individu Disambung 3 Hari!

Awani
14/07/2024
08:28 MYT
Sponsor Banner
Reman Pempengaruh Islamik Suami Isteri & Dua Individu Disambung 3 Hari!
Empat individu termasuk pasangan suami isteri yang juga pempengaruh, yang ditahan 10 Julai lalu kerana disyaki terlibat penyelewengan derma, disambung reman empat hari pada Ahad.
Majistret Siti Zahirah Zaidon mengeluarkan perintah terhadap empat individu berkenaan selepas membenarkan permohonan daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

BERITA TRENDING: Permohonan Semakan Perintah Reman Ditolak, Pempengaruh Suami Isteri Gagal Kemuka Transaksi Wang Derma

Permohonan reman berkenaan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya berikutan tempoh asal reman kesemua suspek tamat pada hari ini.
Pada Rabu, pasangan suami isteri terbabit bersama dua lagi individu ditahan SPRM kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan dana derma awam.
Kesemua suspek terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 20-an hingga 30-an itu ditahan antara jam 6.30 petang hingga 11 malam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.
Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan sambungan tempoh reman berkenaan.
Sebelum ini, timbul tanda tanya berhubung dakwaan tular di media sosial mengenai pempengaruh yang dikatakan mengambil komisen daripada kutipan derma orang ramai dengan peratusan yang tinggi.
Selain itu, mereka juga didakwa hidup dalam kemewahan sehingga menimbulkan pelbagai tanda tanya daripada warga siber.

BERITA TRENDING: Pasangan Suami Isteri Pempengaruh Islamik Direman 4 Hari, Bantu Siasatan Berhubung Salah Guna Kuasa Untuk Dapatkan Suapan

BERITA TRENDING: Pempengaruh Islamik Terpalit Isu Seleweng Kutipan Derma Mohon Doa Yang Baik - “Alhamdulillah, Saya Dalam Keadaan Sihat”

BERITA TRENDING: Seleweng Kutipan Derma, Suami Isteri Pempengaruh Ditahan SPRM

Sumber: Awani
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar