Berita
Rentetan Isu ‘Hot Daddy’ Jadi Tetamu Podcast, Fahmi Fadzil Beri Warning: “Berpada-Padalah Kita Ada Undang-Undang”
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sudah tidak mengesan sebarang video memaparkan rakaman platform audio siar atau podcast menjemput seorang lelaki yang sebelum ini didakwa atas kesalahan mengiklankan khidmat persundalan menerusi aplikasi X.
BERITA TRENDING: "Perlu Ker Jadi Role Model?" - Jemput 'Hot Daddy' Ke Podcast, Netizen Gesa Fahmi Fadzil Ambil Tindakan Tegas!
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata dapatan awal mendapati video seperti yang didakwa mungkin tidak dimuat naik atau sudah diturunkan oleh platform terbabit.
"MCMC sebelum ini ada menerima laporan berkaitan perkara terbabit, namun siasatan yang dijalankan tidak menemui rakaman video podcast berkenaan.
"Saya sendiri sudah minta pejabat saya menelitinya dan memang tidak menemui video yang dimaksudkan dalam akaun media sosial dimaksudkan itu," katanya di satu sidang media pada Rabu.
Sebelum ini, sebuah laman web penstriman yang menjemput 'Hot Daddy' untuk datang ke podcast mereka menimbulkan situasi kecoh dalam kalangan umat Islam kerana tindakan itu didakwa seolah-olah menyokong dan mempromosikan lagi apa yang dilakukan lelaki berkenaan.
Ia turut mendapat teguran Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor yang dilapor berkata, pihaknya bimbang tindakan itu akan mempengaruhi para remaja dan membawa mereka ke jurang keruntuhan akhlak.
Bulan lalu, bapa tiga anak yang popular dengan panggilan "Hot Daddy" yang tular dalam aplikasi X bersama dua wanita didakwa di Mahkamah Sesyen.
Ketiga-tiga tertuduh iaitu Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, serta dua wanita masing-masing Norshazrina Md Zamri, 27, dan Norhidayah Mahadi, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
Mengulas lanjut, Fahmi sekali lagi mengingatkan pengendali podcast supaya mengamalkan kawalan kendiri kerana kerajaan belum berhasrat melaksanakan kawal selia ke atas platform terbabit.
BERITA TRENDING: "Berhenti Popularkan Orang Bodoh" - Amin Idris
"Tetapi seperti disebut seorang 'podcaster', Khairy Jamaluddin sekiranya adab dan batas ada keterlanjuran, maka sekiranya pihak kerajaan menilai dan meneliti ada keperluan kita akan ambil tindakan.
"Jadi saya minta podcaster supaya mengenakan kawalan kendiri dan berpada-padalah kita ada undang-undang dan kita ada adab dan budaya," katanya.
Sumber: Harian Metro