Hiburan

Rezeki Mencurah Hannah Delisha Selepas Drama Mencintaimu Mr. Photographer!

Fiza Kamarudin
16/08/2017
12:31 MYT
Sponsor Banner
Rezeki Mencurah Hannah Delisha Selepas Drama Mencintaimu Mr. Photographer!
Selepas membintangi drama Mencintaimu Mr. Photographer, nampaknya rezeki pelakon kacukan Hannah Delisha semakin mencurah-curah!
Yang terbaru, Hannah Delisha atau nama sebenarnya, Hannah Adlina Blackburne Birch, 21 pelakon muda kacukan Inggeris-Melayu kelahiran Singapura ini telah menjadi pilihan Mary Jardin untuk muncul sebagai artis undangan dalam majlis pelancaran produk penjagaan kulit mereka baru-baru ini.
Hannah ketika ditemui pada majlis tersebut baru-baru ini berkata, dia berbesar hati kerana telah terpilih menjadi tetamu istimewa pengasas Mary Jardin, Dr. Maryam Aziz.
“Saya tidak menyangka Mary Jardin sudi memanggil saya pada hari ini. Sebagai pendatang baru sudah tentu saya gembira kerana diberi peluang untuk bersama produk yang sangat dikenali ini.
“Ketika menerima undangan daripada Mary Jardin, saya tidak berfikir dua kali untuk menyatakan kehadiran saya kerana teruja mahu melihat sendiri produk yang diperbuat daripada bahan-bahan alami ini.
“Tambahan lagi, produk yang pernah mencetus fenomena ini dicipta oleh anak tempatan, menjadikan saya lebih teruja untuk mengetahui tentang mereka dan Mary Jardin,” katanya.
Dalam pada itu, Hannah Delisha berkata dia bersyukur kerana Mencintaimu Mr. Photographer telah melonjakkan kembali namanya di dalam industri hiburan.
Sementara itu, pengasas Mary Jardin, Dr. Maryam Aziz berkata, mereka menjemput Hannah Delisha kerana personaliti dimilikinya selain namanya yang sedang menjadi sebutan kini.
“Hannah memiliki kecantikan semula jadi sama seperti Mary Jardin yang dihasilkan menggunakan bahan-bahan semula jadi dan organik.
“Semua orang dah tahu tentang produk penjagaan kulit Mary Jardin iaitu Lavender Garden Collection yang bukan sahaja diperbuat daripada bahan-bahan alami dan organik apothecary tetapi apa yang penting ia juga selamat digunakan.
“Hari ini Mary Jardin melancarkan clothing line yang dipanggil Mary Jardin Luxe Label, menampilkan shawl satin-sutera buatan tangan Lavender Garden Collection dan koleksi dress pertama kami.
“Diperbuat daripada material satin-sutera, koleksi yang memiliki gabungan mewah dan premium ini mempunyai eksklusivitinya dalam keseluruhan rekaannya,” ujarnya yang turut melancarkan pembukaan outlet pertama Mary Jardin di Star Avenue Lifestyle, Shah Alam pada 30 Julai lalu.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar